Pengukuhan Dolar AS Susulan Jangkaan Kenaikan Dasar Faedah Dilihat Wajar

Diterbitkan: Khamis, 26 Januari 2017 2:41 PM

saham
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar faedah US bukan dorongan utama bagi pengukuhan dolar Amerika Syarikat jika mengambil kira data ekonomi negara maju itu, kata Pakar Strategi Global Eastspring Investment (Singapore) Ltd, Robert Rountree.

Beliau berkata, Rizab Persekutuan (Fed) memberi banyak penekanan kepada data pekerjaan, yang secara kasarnya dilihat baik dengan 14 juta pekerjaan diwujudkan sejak paras terendah pada 2009.

"Bagaimanapun ia tidak seperti yang dipaparkan. Apabila memperhalusi komposisi itu, peratusan tertinggi adalah bagi mereka berusia lebih 55 tahun, manakala peluang pekerjaan terendah diwujudkan bagi golongan berusia di bawah 24 tahun.

"Angka pengeluaran AS juga tidak berubah pada inventori yang tinggi. Justeru itu, jika Fed menaikkan kadar faedah secara mendadak, ia mungkin memberi petunjuk kepada anda bahawa Fed mungkin tidak perlu berbuat demikian," katanya semasa taklimat mengenai Unjuran Pelaburan 2017 di sini, Khamis.

Beliau juga menjangkakan Presiden AS Donald Trump meningkatkan perbelanjaan, sekali gus melebarkan defisit bajet dan ia mungkin menyebabkan defisit berkembar - defisit dalam akaun semasa serta defisit fiskal.

"Seperti yang berlaku semasa era Ronald Reagan, defisit berkembar menunjukkan dolar AS akan memuncak malah mengukuh sebelum mengalami penyusutan," katanya.

Mengenai ringgit, beliau berkata, ia dikatakan mata wang murah memandangkan tahap krisis Asia yang rendah berdasarkan kadar tukaran efektif sebenar yang dicetuskan oleh masalah keyakinan.

Bagaimanapun, asas-asas ekonomi yang kukuh dalam keadaan lebihan luaran  juga dilihat menyokong ringgit, katanya.

"Saya berpendapat, apabila peratusan eksport Malaysia meningkat berkaitan peratusan eksport dunia, sekali gus ia adalah tahap di mana ringgit akan meningkat," kata Rountree.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pelaburan Eastspring Investment Bhd, Rudie Chan berkata, banyak faktor negatif dan ketidaktentuan telah mempengaruhi mata wang, menyebabkan pelabur kekal berhati-hati dengan mata wang Malaysia.

"Banyak faktor dikaitkan dengan mata wang itu, dengan faktor negatif adalah lebih banyak daripada positif," katanya.

Langkah Bank Negara Malaysia untuk mengekang ketidaktentuan ringgit dengan menetapkan pengeskport menukar 75 peratus hasil mereka kepada ringgit dan mengawal kadar tukaran dalam pesisir, telah membantu menstabilkan dan meningkatkan mata wang tempatan, katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan