AirAsia X Mula Penerbangan Terus KL-Wuhan

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 2:02 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd menawarkan perkhidmatan penerbangan terus empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke ke Wuhan (China) berkuat kuasa 22 Mac, 2017 dengan kadar tambang promosi sehala serendah RM199.

Tambang bagi tempat duduk ekonomi yang ditawarkan secara dalam talian mulai hari ini sehingga 22 Januari itu membabitkan perjalanan pada 22 Mac sehingga 28 Okt, 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail berkata syarikat itu merupakan syarikat penerbangan asing terbesar di China dan destinasi itu dijangka menerima sebanyak 32 penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket.

Pada masa ini, AirAsia melakukan penerbangan harian ke Wuhan dari Kota Kinabalu, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

"China merupakan segmen yang terus mencatat prestasi progresif yang menggalakkan setiap tahun dan kekal menjadi tumpuan strategi pengembangan rangkaian AirAsia.

"Wuhan juga akan menjadi hab maya bagi Kumpulan AirAsia dan AirAsia X. Kami komited untuk mengekalkan pertumbuhan selain membangunkan produk-produk dan perkhidmatan inovatif," katanya.

Kumpulan itu mengendalikan sebanyak 409 penerbangan harian dari pelbagai bandar raya ASEAN merentasi 45 laluan ke 17 destinasi di China.

Pada 2015, AirAsia membawa lebih lima juta penumpang ke dan dari China, menjadikannya penerbangan asing terbesar di negara itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan