Syarikat Raih Hampir RM1 Trilion Menerusi Pasaran Modal Sejak Sedekad Lepas

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 1:58 PM

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani (tengah) menunjukkan buku (blueprint) selepas melancarkan 'Malaysia's Islamic Fund and Wealth Management Blueprint' di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Khamis. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Tan Sri Ranjit Ajit Singh (dua, kiri) Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim (kiri) dan Pengarah Eksekutif Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Zainal Izlan Zainal Abidin (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasaran modal Malaysia terus menjadi sumber pengumpulan dana serta pelaburan yang memanfaatkan sebagaimana dibuktikan menerusi kejayaan meraih sejumlah RM978 bilion sejak sedekad lepas.

Ketika berkongsi kejayaan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pasaran modal turut disokong oleh pengantara dan industri pengurusan dana yang luas dan dikawal selia oleh kerangka pengawalseliaan kondusif di bawah pengawasan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

"Pembangunan Malaysia serta kebanyakan inisiatif awam dan swasta ternyata dipermudahkan menerusi penyediaan pembiayaan yang besar," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucap tama di Forum Dana Pelaburan Antarabangsa 2017 di sini, Khamis.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Mengulas selanjutnya, Najib berkata pasaran bon dan sukuk yang serba maju di Malaysia dan dilengkapi oleh pasaran ekuiti, juga membolehkan usaha pengumpulan dana secara berkesan serta kompetitif yang merentasi pelbagai tempoh serta industri.

Malah, kata Perdana Menteri, pasaran modal Malaysia secara keseluruhannya antara yang terbesar di rantau ini manakala pasaran sukuk yang diterajui negara ini di peringkat dunia pula menyumbang 54 peratus daripada jumlah sukuk global setakat akhir tahun 2015.

"Selain itu, struktur kemudahan pasaran sukuk yang berteraskan prinsip-prinsip Syariah yang luas membolehkan penerbit memilih (produk) yang menepati profil aset dan keperluan aliran tunai masing-masing.

"Pasaran modal Islam Malaysia juga meningkat lebih tiga kali ganda bagi tempoh antara 2005 dan 2015, memaparkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 12 peratus," katanya.

Menurut Najib, bersandarkan saiz pasaran sebanyak RM1.7 trilion setakat November tahun lepas, pasaran modal Islam Malaysia mewakili 60 peratus daripada jumlah pasaran modal negara ini dan merupakan satu ekosistem yang komprehensif.

Selain pembangunan pasaran sukuk, SC turut melakukan pelbagai usaha bagi mempertingkatkan bidang dana Islam dan membolehkan Malaysia muncul kedua terbesar dari segi aset di bawah pengurusan dana Islam di peringkat dunia, katanya.

Tags / Kata Kunci: SC , Najib , Johari Abdul Ghani

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan