suria

Airbus Naikkan Harga Pesawat Satu Peratus Pada 2017

KUALA LUMPUR: Airbus menaikkan senarai harga purata pesawatnya sebanyak satu peratus bagi semua rangkaian produknya, berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Dalam satu kenyataan, syarikat tersebut berkata kenaikan harga itu dikira mengikut formula penambahan Airbus yang standard bagi tempoh Januari 2016 hingga Januari 2017 dan mengambil kira harga bahan serta komoditi. 

"Harga baru 2017 kami menunjukkan nilai kumpulan pesawat Airbus yang moden, komprehensif dan menjimatkan minyak," kata Ketua Pegawai Operasi Airbus Commercial Aircraft John Leahy.

Beliau berkata kenaikan harga itu juga mencerminkan kepuasan pelanggan berikutan hasil gabungan cemerlang daripada prestasi, pengoperasian yang ekonomi dan pengalaman pelanggan.

Berikutan kenaikan harga tersebut, senarai harga purata pesawat Airbus bagi A318 ialah US$75.9 juta, A319 (US$90.5 juta), A320 (US$99 juta), A321 (US$116 juta), A319neo (US$99.5 juta), A320neo (US$108.4 juta), A321neo (US$127 juta), A330-200 (US$233.8 juta) dan A330-800 (neo) (US$254.8 juta).

Harga kapal terbang Pengangkut A330-200 ialah US$237 juta, A330-300 (US$259 juta),A330-900 (neo) (US$290.6 juta), A350-800 (US$275.1 juta), A350-900 (US$311.2 juta), A350-1000 (US$359.3 juta) dan A380 (US$436.9 juta).-- Bernama


Airbus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain