suria

Sektor Pembuatan Catat Jualan RM60.1 Bilion Pada November 2016, Naik 8.2 Peratus

KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan pada November 2016 naik 8.2 peratus kepada RM60.1 bilion daripada RM55.5 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan dalam laporan bulanannya yang dikeluarkan hari ini berkata jumlah pekerja sektor pembuatan meningkat 0.2 peratus atau 1,954 orang kepada 1.031 juta orang pada November daripada 1.029 orang pada November 2015.

"Gaji dan upah yang dibayar pada November meningkat 6.1 peratus atau RM185.6 juta kepada RM3,232.8 juta" kata jabatan itu.

Jabatan Perangkaan berkata produktiviti dalam sektor tersebut berkembang 8.0 peratus kepada RM58,301.-- Bernama

Jabatan Perangkaan, pembuatan