Peugeot Sasar 2,500 Unit Jualan Untuk 2017

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak syarikat Naza Corp Holdings Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, yang merupakan pengedar rasmi untuk Automobiles Peugeot di Malaysia, telah meningkatkan sasaran jualannya kepada 2,500 unit bagi 2017 daripada 1,700 unit tahun lepas.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza Corp Automotive, Datuk Samson Anand George berkata sasaran itu dibuat berdasarkan kepada pelancaran lima kenderaan baharu bagi melengkapkan barisan model sedia ada sekarang ini.

"Kami telah menetapkan sasaran kolektif sebanyak 1,100 unit atau 44 peratus, daripada sasaran jualan Peugeot 208 dan Peugeot 2008 yang baru dilancarkan.

"Kami amat optimistik dengan pertumbuhan jualan tahun ini kerana akan ada satu kenderaan pelbagai guna (MPV) dan satu lagi kenderaan utiliti suburban (SUV) yang dijadualkan akan diperkenalkan pada separuh kedua tahun 2017," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Peugeot 208 dan 2008 yang sudah dinaik taraf di sini, Rabu.

Anand berkata daripada 1,100 unit yang ditetapkan untuk dua model itu, unjuran nisbah jualan boleh menjadi 60:40, masing-masing bagi Peugeot 208 hatchback dan 2008 SUV.

"Harga jualan di atas jalan Peugeot 208 adalah RM89,888 dan untuk 2008 SUV adalah sebanyak RM109,888," katanya.

Beliau berkata selain daripada model hatchback dan SUV yang baharu itu, kumpulannya juga akan menawarkan barisan kereta sedan dalam segmen C dan D pada tahun ini.

Anand ketika bercakap mengenai kesan kelemahan ringgit ke atas jualan dan harga kereta, memberitahu, jenama itu masih menjual pada kadar harga yang kompetitif.

"Bagaimanapun, kenaikan harga disebabkan oleh pergerakan yang berterusan dan  pertukaran asing yang berlebihan boleh menyebabkan satu keadaan yang akan memaksa perubahan harga.

"Sehingga ke satu tahap, kenaikan harga oleh peneraju kereta akan menjadi tidak dapat dielakkan disebabkan kadar pertukaran yang telah berubah begitu banyak. Syarikat tidak mungkin mampu untuk membuat bisnes tanpa pulangan atau keuntungan," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Peugeot 208

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan