Taman Perindustrian Bagan Datuk Dijangka Tarik Pelaburan Bernilai AS$12 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 2:55 PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mengisytiharkan Daerah Bagan Datuk ketika majlis pengisytiharan daerah ke-12 negeri itu di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk pada 9 Januari 2017. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATUK: Taman Perindustrian Bagan Datuk di sini dijangka menarik pelaburan antara AS$10 bilion hingga AS$12 bilion, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pembangunan kawasan perindustrian yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu akan melibatkan tebus guna tanah seluas 1,375.9 hektar dan bermula sebelum akhir 2017 dengan tempoh pembangunan antara 10 dan 15 tahun.

"Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan apabila siap ia menjanjikan antara 18,000 dan 20,000 peluang pekerjaan," katanya ketika berucap di majlis pengisytiharan daerah Bagan Datuk yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di sini pada Isnin.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menandatangani konsesi kerja-kerja tebus tanah dengan PKNP pada akhir tahun lepas.

Katanya, dengan status Bagan Datuk sebagai daerah penuh, kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa projek berimpak tinggi termasuk pembinaan pusat pentadbiran baharu melibatkan kawasan seluas 1,618.7 hektar.

Selain itu, pembangunan dan menaik taraf jeti serta dataran komuniti Bagan Datuk juga akan dijalankan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi melalui pelancongan.

Zambry berkata, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM1.3 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bagi 11 projek yang kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan antaranya pembinaan Politeknik Bagan Datuk dengan kos RM220 juta.

Selain itu, projek Perumahan Rakyat Bagan Datuk (RM79.77 juta); Ibu Pejabat Polis Daerah Bagan Datuk (RM134 juta); Kompleks Sukan Bagan Datuk (RM31 juta) dan penempatan semula Pusat Giatmara Bagan Datuk dengan kos RM7.78 juta akan turut dilaksanakan, katanya.

Bagan Datuk merupakan daerah ke-12 di Perak selepas Kinta, Larut Matang dan Selama, Manjung, Hilir Perak, Kerian, Batang Padang, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak, Kampar serta Muallim. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bagan Datuk , Zambry Abdul Kadir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan