Rhone Ma Perluas Rangkaian Produk Di 4 Negara

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 4:06 PM

Dari kiri, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Rhone Ma Holdings Bhd, Teoh Chee Yong, rakan sejawatannya, Martin Jeyaratnam Thiagaraj dan Rahanawati Ali Dawam; Pengarah Eksekutif merangkap Pengarah Pemasaran dan Tekninal Kumpulan, Dr Yip Lai Siong, Pengerusi Bebas Bukan Datuk Hamzah Mohd Salleh dan Pengarah Urusan syarikat, Dr. Lim Ban Keong pada majlis ringkas penyenaraian di Bursa Malaysia, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rhone Ma Holdings Bhd, penyedia penyelesaian kesihatan haiwan bersepadu, menyasarkan untuk memperluaskan rangkaian produknya dan mengukuhkan kedudukannya di empat negara di rantau ini, iaitu Vietnam, Indonesia, Thailand dan Filipina.

"Perluasan dalam pasaran serantau sedang dilaksanakan," kata Pengarah Urusan Kumpulan Dr Lim Ban Keong pada sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Papan Utama Bursa Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata, hasil sebanyak RM31.59 juta yang diraih daripada langkah tawaran awam permulaan (IPO) Rhone Ma itu akan digunakan untuk membiayai pelan pengembangannya di Malaysia dan luar negara.

"Ia termasuk pembinaan kilang patuh GMP (Amalan Pengilangan Baik) baharu di  Nilai, Negeri Sembilan, membeli jentera dan peralatan, selain pembinaan gudang baharu di Kapar, Klang," katanya.

IPO tersebut melibatkan terbitan awam 42.12 juta saham biasa baharu pada harga terbitan 75 sen sesaham.

Sementara itu, di pasaran domestik, Dr Lim berkata kumpulan itu, yang turut mengedar dan membekalkan bahan makanan, menyasarkan untuk meningkatkan bahagian pasaran semasanya sebanyak 5.9 peratus, mengukuhkan kedudukan jenamanya dan memasarkan 300 produknya kepada pelanggan dengan lebih luas.

"Kami juga penggiat yang dominan dalam kalangan 80 ahli dalam Persatuan Kesihatan Haiwan dan Industri Pemakanan Malaysia," katanya.

Rhone Ma mencatat 82 sen, premium 9.33 peratus atau tujuh sen berbanding harga terbitannya 75 sen dengan 2.4 juta saham diniagakan. 

Pada sesi pagi, sahamnya meningkat 13 sen kepada 88 sen dengan 34.22 juta saham bertukar tangan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Rhone Ma

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan