Proton Menang Dua Anugerah Kereta Malaysia 2016

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd memenangi dua anugerah pada Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 Institut Automotif Malaysia (Mai) (Coty 2016) bagi model Saga dan Persona.

Dua anugerah tersebut bagi kategori, Kereta Nilai Untuk Wang (Proton Saga) dan Model Paling Meningkat dari segi Kecekapan Bahan Api (Proton Persona), diumumkan pada majlis makan malam gala Malaysia Coty 2016 Khamis malam.

"Menerusi kaji selidik pasaran yang dikendalikan, kami membuat penambahbaikan bagi kereta kami agar kami dapat memenuhi keperluan umum segmen pasaran," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Saga generasi ketiga yang ditambah baik itu berharga antara RM36,800 hingga RM45,800 manakala Persona antara RM46,800 hingga RM59,800.

Ahmad Fuaad berkata pengiktirafan ini akan meningkatkan lagi usaha syarikat itu untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Proton Saga , Persona , Coty 2016

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan