Peugeot Malaysia Rancang Lancar 5 Model Baharu Pada 2017

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, berhasrat melancarkan lima model baharu pada 2017, walaupun 2016 merupakan tahun yang mencabar bagi industri automobil.

Model-model baharu yang diperkenal ialah 208 PureTech, kenderaan utiliti sukan (SUV) 2008 PureTech, SUV 3008 serba baharu, Traveller dan SUV 5008 serba baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd Datuk Samson Anand George berkata Nasim telah melabur sebanyak RM5 juta pada 2016 bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi memastikan kepuasan pelanggannya.

"Perkhidmatan ini termasuklah pusat teknikal baharu, pusat pengecatan kenderaan serta menawarkan bantuan di jalan raya secara percuma selama tiga tahun," katanya.

"Berkenaan prospek pada 2017, model-model utama seperti 208 PureTech, SUV 2008 PureTech, SUV 3008 serba baharu, SUV Traveller 5008 serba baharu akan terus memperkukuh aspirasi Peugeot bagi memberi pengalaman pemanduan yang inovatif kepada pelanggan kami," katanya.

Nasim merupakan anak syarikat milik penuh syarikat Kumpulan Naza.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Peugeot , Samson Anand George

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan