Malaysia-Bahrain Harus Terajui Fintech Islam Pertama Dunia

Diterbitkan: Isnin, 12 Disember 2016 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

MANAMA (BAHRAIN): Malaysia dan Bahrain, dua hab kewangan Islam utama di dunia, perlu meneraju usaha meneroka potensi memperkenalkan teknologi kewangan (fintech) Islam pertama dunia.

Ketua Eksekutif Bahrain Economic Development Board (EDB) bagi Pembangunan Perniagaan Perkhidmatan Kewangan David Parker berkata inisiatif baik yang dilaksanakan oleh pengawal selia dari kedua-dua negara itu dalam menyediakan peraturan-peraturan berkaitan fintech, memberi kelebihan positif bagi fintech Islam.

"Jika kedua-dua negara ini boleh bekerjasama, saya rasa ia akan jadi sangat kuat.

"Jadi ini adalah sesuatu yang kita perlu teroka pada 2017," katanya dalam satu temu bual bersama Bernama dan Malay Mail yang diaturkan oleh EDB, di sini, baru-baru ini.

Fintech adalah perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat Internet yang menyelaraskan sistem kewangan dan menjadikan pembiayaan rantaian bekalan lebih cekap.

Teknologi tersebut telah menjadi pembawa perubahan utama dalam pasaran kewangan global.

Di Malaysia, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata satu rangka kerja kawal selia bagi membolehkan penggunaan pakai fintech di negara ini dijangka diumumkan pada akhir tahun ini.

Semasa Persidangan Tahunan Perbankan Islam Dunia Ke-23 yang diadakan di sini baru-baru ini, Gabenor Bahrain Central Bank Rasheed Mohammed Al Maraj membayangkan bahawa bank itu tidak lama lagi akan mengeluarkan peraturan-peraturan bagi memudahkan penyelesaian fintech.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bahrain Islamic Bank Hassan Amin Jarrar menyifatkan keperluan untuk memperkenalkan fintech Islam kepada pasaran kewangan Islam dunia sebagai 'kritikal'.

Dengan ciri-ciri yang dibentuk khusus, teknologi itu bukan sahaja akan membantu menyediakan kepada pasaran kewangan Islam tetapi juga menawarkan perkhidmatan baik kepada pasaran kewangan konvensional.

"Anda pada asasnya boleh menyesuaikan ia (teknologi) dengan banyak ciri-ciri, tetapi ia perlu patuh Syariah.

"Bank-bank Islam perlu menjadi amat celik teknologi. Saya rasa ia akan berguna kepada industri dan kita perlu mempercepatkannya (fintech)," katanya.

Hassan berkata sebagai peneraju dalam industri kewangan Islam, Malaysia dan Bahrain perlu mengambil langkah pertama dan merintis fintech Islam, jika tidak negara-negara besar lain akan menyambar peluang dan kelebihan terlebih dahulu.

"Jika kita tidak lakukannya, London akan lakukannya. London sedang berlumba untuk menjadi menjadi hab perbankan Islam.

"Jika London tidak lakukannya, New York akan menimbang (idea itu) dan melakukannya.

"Saya rasa kita perlu menjadi yang pertama merintis fintech Islam," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan