Perodua Global Keluarkan Kenderaan Ke-250,000

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 10:09 AM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB), cabang pembuatan kenderaan canggih di bawah kumpulan Perodua, mengeluarkan kenderaan ke-250,000 baru-baru ini, sejak ia mula beroperasi pada Ogos 2014.

Menurut kenyataan Perodua, daripada jumlah itu, 85 peratus ialah model Axia (sejak Ogos 2014) dan 15 peratus pula merupakan model Bezza (sejak Jun 2016).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata ia merupakan satu pencapaian bersejarah bagi seluruh kumpulan Perodua.

"Ini kerana warga kerja PGMSB telah bekerja keras untuk memastikan bahawa pesanan pelanggan kami dapat diserahkan dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Perodua, syarikat itu menjual sebanyak 167,000 kenderaan bagi tempoh 10 bulan pertama 2016, dengan 44.2 peratus adalah model Axia, diikuti model Myvi sebanyak 24.9 peratus, Alza pula 17.3 peratus, dan Bezza sebanyak 13.6 peratus(sejak Julai 2016).

Mengenai model keluaran terbaru iaitu Bezza, Perodua telah menyerahkan lebih 22,000 unit sejak ia dilancarkan Julai lepas dan tempoh menunggu bagi model tersebut adalah kurang dari dua minggu selepas pinjaman kenderaan diluluskan oleh institusi kewangan, menurut syarikat itu.

Aminar berkata, Perodua sedang memaksimumkan penghantaran semua pesanan pelanggan sejajar dengan ikrar Perodua untuk menjadi pengeluar kereta kompak yang dapat menyerahkan kenderaan kepada pelanggan tepat pada masa.

PGMSB yang ditubuhkan pada 26 Feb, 2013 merupakan usaha Perodua untuk menjadi jenama automotif berdaya saing di peringkat global dan ia merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi syarikat itu.

Kilang PGMSB juga diperakui cekap tenaga oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kerana menggunakan tenaga yang minimum serta bahan kimia yang mesra alam.

PGMSB mempunyai 2,150 kakitangan dan mampu menghasilkan 200,000 unit kenderaan setahun dengan dua syif kitaran kerja. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Perodua

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan