Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Tengah Hari

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 2:22 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada akhir dagangan pagi susulan sokongan belian kecil ke atas saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Kedudukan Bursa tempatan lebih baik berbanding bursa serantau, yang kebanyakannya didagangkan dalam zon negatif, katanya.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.63 mata kepada 1,629.59 berbanding 1,628.96 pada penutupan Jumaat lepas.

Indeks dibuka 1.6 mata lebih tinggi kepada 1,630.56 dan bergerak antara  1,627.94 dan 1,631.41 di sepanjang dagangan pagi.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 224 berbanding 380 dengan 313 kaunter tidak berubah, 779 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 580.38 juta saham bernilai RM381.08 juta.

Kenanga Research menjangkakan penanda aras didagangkan dalam kedudukan yang tidak banyak berubah, dalam jajaran 1,620 dan 1,640 mata minggu ini.

"Kami juga percaya sokongan belian akan muncul sekitar paras 1,600 dan 1,610 mata ekoran aktiviti memperelok akaun, selain berita bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) akan mengurangkan pengeluaran bagi menaikkan harga," katanya.

Nikkei 225 Jepun susut 0.89 peratus kepada 18,261.58, Shanghai composite China susut 1.3 peratus kepada 3,201.74, Kospi Korea Selatan turun 0.26 peratus kepada 1,965.5 dan Indeks Straits Times Singapura menokok 0.24 peratus kepada  2,926.35.

Kaunter wajaran tinggi Maybank, Petronas Chemicals, Petronas Gas dan Digi masing-masing untung dua sen kepada RM7.87, RM6.90, RM20.86 dan RM4.97, manakala Sime Darby menokok empat mata kepada RM8.17.

TNB dan Public Bank susut dua sen kepada RM14.02 dan RM19.62.

Antara kaunter aktif, Hibiscus Petroleum meningkat satu sen kepada 31 sen, RGB International, Trive Property dan Bumi Armada masing-masing menambah setengah sen kepada 24.5 sen, sembilan sen dan 56 sen, FGV menokok dua sen kepada RM1.63 manakala Sycal susut satu sen kepada 35.5 sen. 

Indeks FBM Emas turun 3.79 mata kepada 11,395.38, Indeks FBMT100 susut  2.07 mata kepada 11,128.96, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 8.89 mata kepada 11,935.03, FBM Ace susut 25.48 mata kepada 4,753.09 dan FBM 70 turun 25.69 mata kepada 13,050.71. 

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 20.55 mata kepada 14,267.72, Indeks Perusahaan meningkat 9.54 mata kepada 3,073.08 manakala Indeks Perladangan turun 7.96 mata kepada 7,710.28. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bursa Malaysia

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan