Matta Sasar Lebih Pelancong India, Sri Lanka

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 5:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memulakan misi penjualan di Kochi, India, Rabu ini.

Naib Presiden (inbound) MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata misi itu dianjurkan MATTA selaras dengan kejayaan misi jualan di bandar Selatan India seperti Bangalore dan Chennai pada Ogos lepas.

"Misi jualan dan pencarian maklumat kali ini termasuk Colombo, memandangkan jumlah pelawat dari Sri Lanka telah menurun daripada 32,089 orang bagi tempoh lapan bulan pertama tahun lepas kepada 19,004 tahun ini, penurunan sebanyak 40.8 peratus.

"Peratusan penurunan pengunjung dari India dalam tempoh yang sama berkurang sebanyak 6.7 peratus, daripada 483,841 orang kepada 451,295," kata beliau dalam kenyataan, di sini Isnin.

Tan berkata pihaknya maklum bahawa warga India dan Sri Lanka lebih cenderung untuk berkunjung ke negara lain yang lebih mengalu-alukan kedatangan mereka, memandangkan mereka berdepan halangan ketika merancang untuk melawat Malaysia.

"Ejen pelancongan di India mengadu bahawa ejen visa mengenakan caj sebanyak INR5,000 (RM325.38) untuk pemprosesan visa, di samping bayaran INR1,000 (RM65.08) bagi visa Malaysia.

"Bayaran INR3,000 (RM195.21) dikenakan bagi mereka yang memohon e-Visa secara dalam talian, tetapi kadar penolakan yang tinggi memaksa mereka untuk memohon secara manual," katanya.

Tambahan pula, kata Tan, permohonan e-Visa bersama boleh menyebabkan sesetengah anggota atau kumpulan insentif pelancongan diluluskan manakala yang lain ditolak.

"Daripada membayar lebih untuk mendapatkan visa Malaysia atau berdepan kesulitan yang tidak perlu, banyak pelancong memilih untuk mengunjungi negara lain untuk bercuti atau menghadiri MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, dan Pameran), menidakkan usaha yang dilakukan oleh Tourism Malaysia," katanya.

Misi jualan ke Kochi dan Colombo sekali lagi disokong oleh Tourism Malaysia, memandangkan operasi pejabatnya di Selatan India turut meliputi Sri Lanka. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Matta , Tan Kok Liang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan