Dana Unit Amanah PNB Cecah 210.63 Bilion Setakat Oktober

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

SIMUNJAN: Dana unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mencecah 210.63 bilion unit setakat 31 Oktober lalu.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, dana amanah tersebut dimiliki oleh 12.86 juta pemegang unit.

"Daripada jumlah itu, 89.5 peratus adalah Bumiputera dan 10.5 peratus bukan Bumiputera. Dalam masa sebulan sahaja kita telah berjaya menjana lebih satu bilion unit dalam edaran," katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Fiesta Labur PNB di Dewan Mesra Simjunjan, Sabtu.

Majlis dirasmikankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong.

Abdul Wahid berkata, daripada jumlah keseluruhan unit dalam edaran itu, 11 peratus milik pelabur Sarawak.

"Ini menjadikan Sarawak berada di kedudukan yang ketiga. Ini adalah suatu pencapaian yang dapat dibanggakan, saya yakin jumlah penyertaan masyarakat Sarawak dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang, " katanya.

Fiesta Labur PNB berkonsepkan turun padang bagi mendekati masyarakat terbanyak, khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.

Sementara itu Nancy berkata, sejak 2008 hingga kini PNB telah menganjurkan 650 seminar di negeri ini.

Katanya, seminar tersebut telah menarik penyertaan 60,000 pelabur daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Saya merasa bangga kerana Sarawak menduduki antara tempat teratas dalam profil pelaburan ASNB.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada rakyat Sarawak atas kesungguhan dan keprihatinan merancang kewangan untuk masa depan. Pelaburan di PNB adalah secara sukarela, tiada paksaan, sama ada di pihak PNB mahupun kerajaan," katanya.

Menurutnya, atas dasar kepercayaan dan keyakinan, rakyat Sarawak terus memberi amanah kepada PNB untuk mengurus pelaburan mereka. 

"Inilah rakyat Sarawak yang berpandangan jauh dan tidak ketinggalan dalam memajukan diri untuk masa hadapan," katanya.--Bernama


Tags / Kata Kunci: PNB , Abdul Wahid Omar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan