Kedah Rancang Wujudkan KHTP 2

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah merancang memperbesarkan lagi kawasan perindustrian berteknologi tinggi, Kulim Hi-Tech Park (KHTP), yang akan dikenali sebagai KHTP 2.

Anggota Exco Pelaburan Kedah Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata ini berikutan kawasan tanah KHTP sekarang yang dibuka sejak 1996 sudah memasuki fasa keempat meliputi kawasan seluas 121.4 hektar, akan habis diteroka dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi. 

"Bagi merealisasikan KHTP 2 sekarang kita sedang mengenal pasti tanah seluas 242.8 hektar untuk dijadikan sebagai fasa kelima. Kita sedang bincang dengan kerajaan pusat untuk beli tanah," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

KHTP telah menjana lebih 30,000 peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan tinggi. 

Terdahulu, beliau menjawab soalan Chua Thiong Gee (BN-Kulim) pada sidang Dewan Undangan Negeri tentang langkah kerajaan negeri untuk meningkatkan pelaburan tempatan dan asing ke negeri ini.  

Katanya, antara langkah lain bagi meningkatkan kemasukan pelaburan ialah melalui kerjasama rapat dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam usaha meneroka pelaburan baharu. 

"Kita juga mendapat banyak maklum balas dan hubungan dengan kedutaan asing dan dewan perniagaan asing dalam mempromosi insentif yang dapat menarik pelabur ke negeri ini," katanya. 

Beliau berkata, sebuah majalah dinamakan 'Invest Kedah' turut diterbitkan bagi memberi maklumat berkaitan peluang pelaburan di negeri ini. 

Jumlah pelaburan asing dicatatkan Kedah pada tahun ini sehingga Ogos berjumlah RM649 juta berbanding RM1.35 bilion tahun lepas. 

Katanya kerajaan negeri berusaha menarik lebih ramai pelabur dari China memandangkan gergasi ekonomi dunia itu mempunyai rizab antarabangsa (foreign reserve) yang terbesar di dunia iaitu lebih USD1.3 trilion, mengambil alih kedudukan itu daripada Jepun. 

Baru-baru ini sebuah syarikat China berpangkalan di Qingdao, Lu Hai Feng Ltd memutuskan untuk membina Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) bernilai kira-kira RM3 bilion, menyediakan kemudahan penangkapan dan pemprosesan ikan tuna. 

Projek yang akan dibangunkan di pesisir pantai di antara Taman Bersatu di Kuala Kedah hingga ke Kampung Tebengau, Mukim Kuala Kedah itu melibatkan jumlah keluasan konsesi 2,340 hektar dan akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat swasta tersebut. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: KHTP 2 , Kedah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan