AirAsia Tingkatkan Sistem Bayaran One-Click

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 2:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia merombak sistem pembayaran 'one-click', bagi memudahkan lagi ahlinya menyimpan dan menggunakan kad kredit atau debit di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Xpress Pay, sebelum ini dikenali sebagai BIG Paay, adalah satu ciri pembayaran eksklusif yang disediakan hanya kepada ahli AirAsia BIG untuk menyimpan butiran kad dengan selamat.

Pada masa yang sama, ia memastikan mereka tidak perlu memasukkan butir-butir penting setiap masa apabila menempah tiket penerbangan.

Ia mempercepatkan bayaran dan memudahkan pengguna merebut peluang mendapatkan promosi tiket murah, kata AirAsia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Setiap ahli perlu memilih satu daripada 10 kad prasimpanan berbanding tiga sebelum ini - dan memasukkan Nilai Pengesahan Kad (CVV) untuk membeli.

Xpress Pay menerima mana-mana kad kredit atau debit yang dikeluarkan oleh Visa, MasterCard, American Express atau JCB.

"Untuk meraikan kejayaan Xpress Pay, AirAsia memberikan 100 'BIG Point' kepada semua ahli AirAsia BIG baharu yang menambah sekurang-kurangnya satu kad ke akaun mereka," kata AirAsia.

Tawaran ini bermula 8 November.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: AirAsia , BIG Paay

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan