Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Eksport kandungan permainan Malaysia melonjak kepada RM80 juta tahun lepas, meningkat 75 peratus berbanding 2014, disokong oleh penerimaan menggalakkan daripada industri permainan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood berkata pertumbuhan itu mencerminkan potensi negara menjadi hab permainan serantau menjelang 2025.

"Momentum sudah ada...kita mendapat pengiktirafan daripada industri permainan global," katanya kepada pemberita pada Persidangan Permainan Tahunan Asia Tenggara, Level Up KL, di sini, Selasa.

Terdahulu dalam ucapannya, Yasmin berkata Malaysia menyasar menjadi hab serantau bagi industri permainan, mendapat rangsangan daripada pertumbuhan kukuh industri tersebut di rantau ini.

"Pasaran permainan video Asia Tenggara membentuk empat peratus daripada penggunaan global dan ia dijangka berkembang pesat berbanding rantau lain dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Yasmin berkata dipacu oleh peningkatan pesat akses Internet dan pemilikan peranti teknologi maklumat dan komunikasi, pasaran rantau ini dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 30 peratus antara 2015 dan 2018, pertumbuhan paling pantas dalam kalangan mana-mana rantau, manakala pertumbuhan global dianggarkan pada tujuh peratus.

"Pasaran permainan Asia Tenggara diunjur mencecah US$2.8 bilion menjelang 2018," katanya.

Dalam usahanya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab permainan, MDEC pada Mac 2015 bekerjasama dengan GameFounders, accelerator permainan pertama di Eropah, untuk membawakan accelerator perniagaan serantau ke Malaysia, katanya.

"MDEC komited membuka ruang dan peluang bagi tenaga kerja Malaysia dalam industri permainan," katanya.

Berdasarkan kepada Prospek Hiburan dan Media PriceWaterHouseCoopers Global  2013-2017, pasaran permainan Malaysia bernilai RM727 juta pada 2013 dan dijangka berkembang 20 peratus kepada RM868.70 juta menjelang 2017.

Persidangan lima hari itu anjuran MDEC yang bermula 5 Nov telah menarik lebih 500 peserta termasuk pemaju permainan, pelabur, penerbit permainan dan penyedia teknologi daripada industri permainan tempatan dan antarabangsa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MDEC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan