MAS Sedia Tawaran Menarik Ke Hong Kong

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 6:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (MAB) menawarkan  tambang menarik bagi kelas ekonomi dan perniagaan sempena pengenalan pesawat Airbus 330 bagi laluan Kuala Lumpur-Hong Kong.

Tambang kelas ekonomi pergi balik ialah RM788 dan RM2,088 bagi kelas perniagaan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, MAB berkata promosi istimewa tersebut bermula hari ini sehingga 31 Okt, bagi tempoh perjalanan dari 1 Jan 2017 sehingga sebelum Tahun Baru Cina.

Pesawat A330 akan beroperasi sebagai MH72 dan MH73. Penerbangan pertama (MH72) dari Kuala Lumpur ke Hong Kong berlepas pada 8.40 pagi dan tiba pada 12.30 tengah hari.

Penerbangan balik, MH73, berlepas dari Hong Kong pada 2.50 petang dan tiba di Kuala Lumpur pada 6.55 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif Peter Bellew berkata menjelang akhir suku pertama 2017, MAB merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menyediakan tempat duduk rata sepenuhnya bagi kelas perniagaan dalam pesawat berangka lebar bagi sektor ini.

"Tempat duduk baharu kelas perniagaan kami mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penumpang. Kami mahu berkongsi pengalaman hebat ini bersama penumpang bagi laluan Hong Kong supaya lebih ramai penumpang yang juga ahli perniagaan mendapat manfaat daripada kemudahan kami yang hebat ini.

"Ini mengesahkan operasi kami ke Hong Kong untuk tempoh jangka masa panjang dan membolehkan kami menambah kapasiti sebanyak 80 peratus.

"Tertakluk kepada permintaan penumpang, kami akan menimbang untuk menambah baik dengan menambah perkhidmatan kedua bagi laluan Kuala Lumpur-Hong Kong," katanya.

Malaysia Airlines terbang tiga kali hari ke Hong Kong dan laluan itu kini  mengguna pesawat B737-800, dan peningkatan tersebut berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 sehingga diberitahu kelak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airlines , MAS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan