Nilai Eksport Perabot Kayu, Rotan Mampu Cecah RM10 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Nilai eksport perabot berasaskan kayu dan rotan mampu mencapai sasaran lebih RM10 bilion tahun depan sekiranya isu kekurangan tenaga kerja yang serius dalam industri pembuatan perabot dapat diatasi, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata pada awal tahun ini peserta industri itu memerlukan kira-kira 20,000 tenaga kerja asing namun hanya 8,048 pekerja asing dapat dapat dibekalkan setakat ini.

Tahun lepas eksport perabot kayu dan rotan berjumlah RM7.5 bilion dan industri itu dilihat mampu mencapai eksport sebanyak RM8 bilion tahun ini, namun kekurangan tenaga kerja menjadi penghalang untuk industri memenuhi permintaan eksport yang lebih besar.

"Telah menjadi dasar kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan dalam masa sama memperkasa tenaga kerja tempatan, itu juga yang kementerian dan pemain industri mahu pada masa hadapan.

"Namun masa ini industri perabot dalam proses transformasi untuk mengaplikasikan lebih banyak automasi dalam pembuatan perabot sekali gus mengurangkan tenaga kerja asing, dan sehingga proses automasi itu berkesan industri ini masih perlukan pekerja asing," katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan terhadap industri pembuatan perabot di sekitar daerah ini.

Mah berkata kerajaan melalui beberapa kementerian antaranya kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha untuk memenuhi keperluan tenaga kerja asing dalam industri itu.

Mengulas tentang usaha memperkasa tenaga kerja tempatan, beliau berkata antara usaha yang dilakukan kementeriannya dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja tempatan yang pakar dalam industri perabot ialah menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu di Banting, Selangor.

"Pusat ini ditubuhkan bagi memberi latihan dan khidmat nasihat teknikal dalam industri perkayuan, sehingga kini lebih 12,000 graduan merangkumi belia, pekerja industri dan usahawan telah menjalani latihan di pusat itu," katanya.

Selain itu katanya kementeriannya juga memperuntukkan RM2.5 juta tahun ini bagi memperkasa program latihan dan khidmat nasihat teknikal untuk industri perkayuan selain mengadakan kerjasama pintar dengan peserta industri itu.

Dalam usaha untuk memperluaskan pasaran industri ke peringkat antarabangsa, Majlis Perkayuan Malaysia akan menubuhkan pejabat di India.

"Tahun lepas sahaja India mengimport RM1.89 bilion produk kayu dari Malaysia dan dengan adanya pejabat itu pasaran di India juga negara sekitar seperti Pakistan, Sri Langka dan Bangladesh dapat diluaskan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Eksport Perabot , Mah Siew Keong

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan