Exim Bank Lepasi Sasaran 2016, Agih Pinjaman RM10 Bilion Setakat Ini

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 2:13 PM

Norzilah Mohamed

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) telah mengagihkan pinjaman kira-kira RM10 bilion setakat ini tahun ini, melepasi sasaran sebanyak RM7.5 bilion bagi 2016, kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Norzilah Mohamed.

Beliau berkata bank menyasar untuk mengembangkan portfolio pinjamannya sebanyak 10 hingga 15 peratus tahun ini, lebih rendah berbanding 30 peratus yang dicapai pada 2015, berikutan persekitaran luar yang kurang memberangsangkan.

Bagaimanapun sasaran Exim Bank, kata beliau, besar apabila dibandingkan dengan prestasi pertumbuhan pinjaman bank-bank komersial lain pada kira-kira enam peratus.

"Setiap tahun kami meneliti semula hala tuju strategik kami dan berdasarkan kepada pasaran dunia yang lembap, kami yakin 15 peratus adalah sederhana dan boleh dicapai.

"Kami perlu lebih selektif dari segi (siapa) kami sokong di luar negara dan mereka yang boleh mengekalkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada program latihan Forum Exim Bank Asia ke-33 di sini, Selasa.

Norzilah berkata bagi tahun depan, unjuran pertumbuhan pinjaman juga seiring dengan Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas.

Dalam bajet berkenaan, kerajaan memperuntukan RM200 juta dalam pembiayaan dan kemudahan kredit insurans sehingga RM1 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Exim Bank.

"Saya percaya akan terdapat permintaan yang baik (bagi pinjaman) memandangkan fokus tahun depan ialah bagi PKS meningkatkan kapasiti untuk ke luar negara," kata Norzilah.

Mengenai pinjaman tidak berbayar, beliau berkata bank akan berusaha memastikannya di bawah 10 peratus pada 2017.

-- BERNAMA ZAI ZAI AS NHD 25/10/2016 12-46ST
Tags / Kata Kunci: Exim Bank

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan