CP Kelco Perluas Pejabat Dubai Untuk Tingkat Perkhidmatan

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 2:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: CP Kelco, pengeluar penyelesaian hidrokoloid khusus global, mengukuhkan komitmennya bagi menyediakan keupayaan teknikal dan perkhidmatan pelanggan ke seluruh Timur Tengah, Afrika dan Turki dengan pengembangan pejabat Dubai termasuk makmal baru bagi aplikasi makanan dan minuman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden CP Kelco Don Rubright berkata pejabat Dubai telah menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan pengedar serantau di seluruh Timur Tengah dalam makanan/minuman, barangan konsumer dan segmen industri sejak 2013.

"Mengetahui potensi pertumbuhan seluruh rantau, kami melabur ke dalam bakat serta keupayaan tempatan untuk terus membangunkan perniagaan kami dan meningkatkan keupayaan kami untuk membawa produk baru ke dalam pasaran," katanya.

Mengenai makmal baru di Dubai, Rubright berkata ia akan menawarkan sokongan teknikal yang lebih kukuh dan lebih cekap daripada syarikat.

"Ia juga akan membolehkan pengeluar makanan dan minuman seluruh rantau mempercepatkan proses pembangunan produk," katanya.

Antara perkhidmatan kemudahan baru itu ialah menyelesaikan isu dan/atau perkembangan konsep baru yang menangani keperluan pasaran dengan lebih pantas danpenggunaan bahan mentah tempatan dan pengeluaran prototaip tempatan bagi membolehkan masa memasarkan pelancaran produk baru lebih pantas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan