Cloudaron Group Rancang Beli Syarikat Awam Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Cloudaron Group, syarikat beribu pejabat di Singapura merancang membeli sebuah syarikat awan yang baik di Malaysia bagi melengkapkan tawaran transformasi awan holistiknya.

"Kami mahu mengembangkan perisian dan penyelesaian berfokuskan industri ke dalam sektor kewangan, perbankan serta insurans dan komersil," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, CJ Ong kepada Bernama dalam temu bual melalui e-mel.

Beliau berkata, pembelian itu akan memanfaatkan Cloudaron kerana ia akan membentuk pasukan pengurusan yang mantap dan berpengalaman di peringkat serantau.

"Ia akan mengukuhkan sumber dan kepakaran kejuruteraan, membolehkan sokongan pelanggan yang lebih baik dan membina harta intelek kami sendiri, di samping mengembangkan asas pelanggan serta penguasaan pasaran," tambahnya.

Cloudaron baru sahaja selesai mengambil alih syarikat baru bermula penyulitan, iTwin, dan penyedia perkhidmatan bersepadu awan, Pro-Datech.

Langkah strategik ini akan mengukuhkan sinergi kumpulan dengan memanfaatkan pengalaman setiap unit perniagaan, membolehkan mereka menawarkan peralatan dengan lebih baik kepada organisasi besar bagi menggerakkan perisian perusahaan mereka kepada awan.

Kedua-dua syarikat itu beribu pejabat di Singapura dan pakar dalam bidang  virtualisasi dan keselamatan, penyulitan fail lengkap, rangkaian persendirian maya serta perkhidmatan komputer meja jarak jauh.

Perniagaan baharu yang diperoleh itu akan membawa cadangan dan inovasi unik kepada Cloudaron Group, yang boleh menawarkan perkhidmatan pada harga kompetitif.

Cloudaron mereka bentuk, membina dan menyampaikan penyelesaian awan kompleks untuk kerajaan, perusahaan besar serta pelanggan pendidikan.

Selain Singapura, ia berjaya memberikan penyelesaian dan perkhidmatan kepada banyak perusahaan besar di Malaysia.

Sebahagian universiti di Malaysia yang menggunakan perisiannya ialah Universiti Monash, Universiti Sunway, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaya, Kolej Poly-Tech MARA, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur, dan Taylor's University.

"Kami memulakan pembangunan aplikasi untuk sektor pendidikan dan kemudiannya menyedari kebanyakan universiti mempunyai cabaran yang sama dalam menguruskan sumber komputer peribadi mereka seperti terlalu ramai pelajar, terlalu banyak peranti dan bajet yang terhad.

"Berikutan hubungan baik yang terjalin dengan Universiti Sunway, kami bekerjasama rapat dengan pengurus teknologi maklumat (IT) bagi menangani cabaran khusus, di samping menawarkan kami dengan infrasturktur persekitaran ujian untuk penyelesaian yang kami bangunkan.

"Selepas dua tahun penyelidikan dan pembangunan serta ujian intensif, kami akhirnya berjaya membina Platform Pendidikan Awan yang digunakan Universiti Sunway hingga hari ini.

"Kami kemudiannya meniru dan mengeluarkan platform penyelesaian ini untuk institusi lain," tambahnya.

Menjawab soalan mengenai trend penyelesaian awan di Malaysia, Ong berkata, perusahaan di Malaysia didapati mengguna dan menggerakkan IT dan perniagaan mereka dengan pantas ke arah awan.

"Kami berharap untuk melihat lebih ramai pelanggan terlibat dalam persekitran Awan Hibrid, di mana sumber IT dan pusat data mereka dihoskan di awan awam dan persendirian serta premis di tapak dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Pertumbuhan pesat ini dan kerumitan beralih kepada awan hibrid menyediakan peluang yang besar dan menarik untuk Cloudaron bagi menawarkan kepakaran," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Cloudaron

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan