suria

FFH Ambil Alih 60 Peratus Dalam PMSS Babitkan Bayaran RM33 Juta

KUALA LUMPUR: Federal Furniture Holdings Bhd (FFH)  merancang mempelbagaikan kegiatan dengan menceburi bidang pembinaan, dan untuk itu akan memperoleh 60 peratus kepentingan ekuiti dalam Pembinaan Masteron Sdn Bhd (PMSB) membabitkan bayaran sebanyak RM33 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FFH berkata cadangan itu bertujuan  memudahkan kumpulan itu untuk menambah aliran pendapatan dan mengurangkan pergantungan kepada perniagaan teras semasa.

Ia berkata kumpulan itu dijangka memperoleh manfaat sinergi menerusi cadangan pengambilalihan itu memandangkan aktiviti utama PMSB dalam  pembinaan bangunan akan melengkapkan perniagaan utama kumpulan itu.

"Manfaat seperti ini akan meningkatkan daya saing kumpulan yang diperbesarkan itu dalam tender projek baharu yang meliputi kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian dalam dan luar.

"Cadangan pengambilalihan itu dijangka memberi suumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan kami," katanya.

Bayaran RM33 juta untuk pengambilalihan ini akan dibuat secara kombinasi tunai RM6 juta dan terbitan saham keutamaan boleh tukar boleh tebus berjumlah RM27.0 juta.

Artikel Lain