Sokongan Penjenamaan, Segmen Halal Tingkat Potensi Koko Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sokongan penjenamaan 'Koko Malaysia' yang unik dan segmen eksport halal, berpotensi tinggi menjadikan negara dikenali sebagai pengeluar dan pemproses koko berkualiti dan berterusan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata usaha untuk meningkatkan pengeluaran produk berasaskan koko yang bernilai tambah tinggi, sedang dipergiatkan.

Ini termasuk menjadikan Malaysia sebagai 'Raja Coklat' di Asia, iaitu pusat pengeluaran produk utama di rantau Asia.

"Malaysia mempunyai potensi tinggi untuk dikenali sebagai pengeluar dan pemproses koko berkualiti dan berterusan serta mampu bersaing dengan produk-produk koko dari negara luar, kerana disokong oleh penjenamaan 'Koko Malaysia' yang unik dan pengeluaran produk halal bagi pasaran eksport terutamanya ke negara negara di wilayah Asia, Timur Tengah dan Eropah Timur," kata Mah.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pameran Hari Kokok dan Koko Malaysia (MCCD 2016)' di sini, Jumaat.

Ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola, Lembaga Koko Malaysia Datuk Dr Markus Makin Mojigoh.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan