Pelaburan RM250 Juta Petronas Bangunkan Instep 'Berbaloi'

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Mengambil kira kekangan untuk mendapatkan tenaga mahir dalam sektor minyak dan gas, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengambil inisiatif membuat pelaburan lebih RM250 juta untuk membina simulasi loji minyak sebenar bagi kemudahan latihan dan pembelajaran.

Institut Teknologi Petroleum Petronas (Instep) yang beroperasi di Batu Rakit di sini merupakan satu-satunya institusi pengajian dan latihan di dunia yang mempunyai kemudahan simulasi tersebut.

Simulasi yang merangkumi modul loji latihan huluan dan hiliran yang dilengkapi bilik kawalan pusat itu siap sepenuhnya dibina dua tahun lalu, memberi ruang kepada anak tempatan dan antarabangsa untuk menimba ilmu serta menjalani praktikal sebelum ke alam pekerjaan sebenar.

Malah, Instep juga turut menjadi pilihan syarikat gergasi dalam bidang minyak dan gas dari 15 negara untuk melatih tenaga mahir dalam industri tersebut.

Pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus di Instep antaranya dari Sudan, Papua New Guinea, Iraq dan Myanmar manakala antara syarikat minyak dan gas yang menghantar pekerjanya untuk meningkatkan kemahiran adalah seperti Talisman, Shell dan Exxon.

Penyelia Pengeluaran Zainudin Jusoh yang juga tenaga pengajar di institut berkenaanberkata inisiatif yang diambil Petronas dalam menyediakan fasiliti lengkap untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran sememangnya amat bertepatan bagi memudahkan pelajar memahami situasi sebenar seperti di alam pekerjaan.

"Sebenarnya saya juga merupakan seorang daripada tenaga mahir yang dilahirkan Instep, saya pernah menjadi pelajar Instep. Sekarang saya dah 23 tahun dalam bidang minyak dan gas, memang Instep sangat berjasa kepada saya dan tenaga mahir yang lain.

"Dengan adanya simulasi pelantar minyak yang sebenar ini, pelajar dapat mempraktikkan apa yang mereka pelajari seperti apa yang mereka akan lalui di alam pekerjaan," katanya ketika ditemui Bernama.

Zainudin berkata sebelum simulasi tersebut siap dibina,pelajar di institusi berkenaan ditempatkan di syarikat minyak bagi menjalani latihan praktikal.

"Sebelum ini pelajar perlu menjalani praktikal di syarikat,tetapi selepas adanya simulasi ini pelajar tidak lagi perlu keluar untuk menjalani latihan kerana fasiliti semuanya dah lengkap di Instep.

"Saya lihat pelaburan yang dibuat oleh Petronas ini juga sememangnya sangat berbaloi dalam melahirkan tenaga mahir anak-anak tempatan dan sekarang ni pun Instep menjadi institusi pilihan antarabangsa," katanya yang juga berpengalaman selama 18 tahun bekerja di pelantar minyak dan pernah berkhidmat di Sudan.

Bagi pelajar,Darryl Royston Harry,22, dari Sarikei,Sarawak yang mengambil kursus Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal berkata beliau beruntung apabila terpilih melanjutkan pelajaran di Instep yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan fasiliti.

"Di sini kami dapat mengaplikasikan apa yang kami belajar dalam kelas di modul simulasi yang ada...bila ada modul simulasi ini kami mudah faham apa yang kami pelajari dalam kelas, memang kami yang belajar kat sini sangat-sangat beruntung sebab modul simulasi ini reka bentuknya sama seperti yang ada di pelantar sebenar dan modul simulasi ini hanya ada di sini.

"Di sini juga kami diterapkan budaya mementingkan keselamatan memandangkan keselamatan menjadi tunjang utama dalam bidang minyak dan gas...apa-apa kami nak buat pun, memang kami pentingkan keselamatan sebab kalau di dunia pekerjaan sebenar,bila buat silap sikit,risiko untuk cedera itu sangat tinggi," katanya.

Untuk rekod sejak ditubuhkan pada 1981, Instep melatih lebih 12,000 tenaga mahir sehingga kini.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan