Opal Residensi Penuhi Gaya Hidup Masa Kini

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 11:33 AM

(Ubah saiz teks)

KEDIAMAN selesa yang menepati ciri-ciri gaya hidup masa kini. Itulah yang ditawarkan pemaju hartanah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk projek di Seksyen 7, Shah Alam - Opal Residensi.

Berdiri megah setinggi aras ke-13 melibatkan dua blok, ia memuatkan 138 unit pangsapuri moden merangkumi tengah, vila berkembar dan penthouse dengan binaan berukuran antara 1,227 hingga 2,486 kaki persegi.

Opal Residensi adalah projek pembangunan pegangan pajak di tapak seluas 1.4 hektar.

Keseluruhannya, ia adalah pembangunan moden yang sesuai dengan gaya hidup penuh kesibukan penghuni kota.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk kolam renang, bilik persalinan, gimnasium dan sauna, dewan serbaguna, tadika, bilik mencuci dan gelanggang sukan pelbagai guna.

Selain itu, daripada segi keselamatan pula, penghuni pangsapuri itu juga dilengkapkan dengan kad khas.

Pemilihan tapak projek di Seksyen 7 bandaraya itu kerana ia lokasi pembangunan terbesar merangkumi kediaman, komersial, pendidikan, hiburan dan juga industri.

Kedudukannya yang strategik sekali gus memberi kemudahan kepada pemilik untuk melaksanakan sebarang urusan di sekitar bandaraya itu.

Kawasan perumahan ini juga terletak berhampiran dengan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Selangor, selain pusat membeli-belah seperti Tesco Seksyen 13, Plaza Alam Sentral, Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall, Aeon Bukit Raja, Jakel dan Bintang Hypermarket.

Selain itu, I-City juga terletak di kawasan berdekatan dan menawarkan pelbagai tarikan untuk semua peringkat usia.

Sebagai tambahan, khusus untuk penggemar makanan segera, premis KFC dan Pizza Hut juga bakal beroperasi di penempatan ini.



Malahan, akses untuk pengangkutan awam seperti bus, teksi dan komuter di Stesen KTM Padang Jawa, selain menggunakan lebuh raya menerusi laluan dari Opal Residensi.

Antara lebuh raya yang berdekatan adalah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Koridor Guthrie dan Lebuh Raya Sprint.

Opal Residensi kini siap sepenuhnya dan ditawarkan dari RM601,500. 

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan pembangunan ini, anda boleh layari www.pkns.property.com

Tags / Kata Kunci: Opal Residensi , PKNS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan