suria

Honda Malaysia Buka Pusat 3S Terbesar Di Terengganu

KUALA LUMPUR: Pengedar Honda terbesar di Terengganu telah melancarkan Pusat 3S yang baharu bagi menyediakan perkhidmatan yang selesa dan cekap untuk pelanggan di kawasan Pantai Timur.

Pusat 3S Honda di bawah Syarikat Tan Eng Ann telah disuntik pelaburan sebanyak RM18 juta bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik termasuk meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan para pelanggan Honda.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Katsuto Hayashi berkata syarikat itu akan terus menawarkan produk dengan nilai yang terbaik untuk wang disamping pakej keseluruhan yang menguntungkan.

"Syarikat Tan Eng Ann sekarang ini merupakan pusat 3S sepenuhnya dengan operasi jualan, perkhidmatan dan alat ganti di bawah satu bumbung dan ini adalah sangat penting dalam usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang bermula dari saat pelanggan berjalan masuk ke dalam bilik pameran," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Pusat 3S Honda yang baharu ini memiliki 18 ruang servis yang mampu menampung hampir 80 kenderaan sehari, ruang pelanggan serta sudut eksekutif yang selesa, perkhidmatan Wi-Fi percuma, servis pembaharuan cukai jalan dan insurans, ruang kanak-kanak serta surau.

Syarikat Tan Eng Ann sudah pun merancang fasa pengembangan untuk menjadi Pusat 4S Honda, dengan mengadakan kemudahan mengecat dan membaiki badan kereta dalam tempoh dua tahun.-- Bernama


Honda, Terengganu, 3S

Artikel Sebelum

Artikel Lain