Maybank New York Anjur 'Maybankers' Untuk Penuntut Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Membangunkan kumpulan modal insan terlatih bagi memenuhi cabaran dalam bidang kepakaran tertentu serta menambah baik perniagaan, wajar menjadi objektif sesebuah organisasi yang mahu berjaya dalam perniagaannya.

Inilah yang dilakukan oleh Malayan Banking Berhad (Maybank), bank utama Malaysia.

Strategi ini dilaksanakan di cawangan Maybank New York, dengan sekumpulan sembilan penuntut Malaysia yang diketuai Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan Maybank Nora A. Manaf, berhimpun pada Jumaat 'untuk mendengar dan didengari'.

Dalam perbincangan antara Nora dan penuntut terbabit, kedua-dua pihak memahami kehendak masing-masing: apa yang dikehendaki oleh bank dan mengapa mereka perlu meneruskan minat dalam bidang yang mereka pilih, malah idea dan tanggapan mereka untuk menyumbang kepada kejayaan bank secara menyeluruh.

Pertemuan itu berjaya seperti yang disuarakan oleh seorang penuntut - satu perbincangan yang sangat sihat dan memberi manfaat bersama'.

Sembilan penuntut berkenaan, yang merupakan calon terbaik di Malaysia, kini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di institusi pengajian di Amerika Syarikat dengan pembiayaan Maybank.

Mereka akan diambil sebagai pekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian, tertakluk kepada kesesuaian.

Kami memilih 50 terbaik daripada kira-kira 10,000 permohonan untuk menerima biasiswa Maybank, kata Nora dalam tembu bual dengan Bernama di sini.

Nora berkata walaupun tumpuan utama program itu untuk membangunkan pasukan modal insan khususnya di Malaysia, bank itu juga membantu calon terbaik dari Asean.

"Semua orang kini melihat komuniti Asean sebagai pusat kewangan akan datang.

Oleh itu, perlu ada pihak yang memainkan peranan sebagai peneraju.

Berikutan anjakan paradigma global ke Asia Pasifik, tindakan perlu dilaksanakan sekarang.

"Kami cuba mewujudkan warga global di Maybank. Sudah pasti kami juga boleh  belajar dari Amerika Syarikat, sebagai contoh, dalam perkhidmatan pelanggan.

Namun kualiti paling penting yang kami ingin lihat dalam kalangan warga Maybank ialah integriti mutlak.

Ini juga penting untuk imej domestik (Malaysia) dan antarabangsa kami.

Kami mempunyai operasi di 20 negara," katanya. 

Selain mengekalkan kehadiran yang kukuh di 10 negara anggota Asean, Maybank mempunyai cawangan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Asia Utara dan India.

"Kami juga akan membuka pusat IT di Bangalore, India yang sepatutnya beroperasi menjelang tahun akhir tahun," katanya.

Menurut Nora Maybank bukan sahaja berperanan untuk membuat wang. Ia mempunyai tanggungjawab sosial yang padu dan mahu 'menginsankan' pengurusannya.

Beliau memberi contoh ah long di Malaysia yang akan terus mencengkam pemiutang untuk terus berada dalam keadaan berhutang untuk selama-lamanya.

"Kami mendidik pengguna untuk hidup dalam keadaan mampan selama-lamanya, sebagai contoh, melalui langkah seperti pertanian bandar yang mengajar orang ramai cara untuk terus hidup walaupun di bandar raya besar, menerusi projek tanaman makanan sendiri secara kecil-kecilan.

Haiqal Razak, seorang pelajar dari Kuala Lumpur yang berada dalam kumpulan itu, mengambil bidang ekonomi di peringkat ijazah di Seattle. Beliau mengikuti latihan amali di Maybank semasa cuti musim panas.

"Saya teruja dan kagum dengan peluang yang saya terima daripada Maybank," katanya.

Nora juga menunjukkan satu lagi peluang yang disediakan oleh Maybank dalam menyokong dan menaja aktiviti bukan konvensional.

Walaupun banyak syarikat dan bank menaja acara sukan seperti tenis, bola sepak, besbol, dan lain-lain, Maybank baru-baru ini menaja sukan yang berbeza - 'skateboarding' yang diterima sebagai sukan acara yang tersendiri pada Sukan Olimpik 2020.

Mohd. Izman Jas, pemain papan peluncur Malaysia - pakar dalam perlumbaan menurun bukit atau cerun - ditaja oleh Maybank.

Jas yang turut hadir pada sesi Maybank New York dengan sekumpulan peluncur Amerika, menunjukkan perlumbaan beliau kepada pelajar melalui klip video.

Beliau akan mengambil bahagian dalam acara 'Soldiers of Downhill Race' yang akan berlangsung di Bainbridge, Ohio dari 7 hingga 9 Oktober.

"Kami namakan perlumbaan ini sebagai 'Human Formula-1' yang menghimpunkan peluncur terbaik menuruni bukit," kata Jas.

Jas mengaku kesukarannya untuk mendapatkan tajaan daripada sumber-sumber lain, dan hanya Maybank bersetuju selepas mendengar rancangan saya.

"Saya berterima kasih kepada Maybank," katanya.

Nora berkata Maybank memberi tumpuan penting kepada Hari Tanggungjawab Korporat Global.

Setelah tamat pengajian, pelajar akan mengikuti Pelan Graduan Global, melalui latihan yang ketat dalam tempoh tiga tahun.

"Kehadiran saya di sini hari ini adalah untuk menilai prestasi mereka selain  memaklumkan kepada mereka mengenai perkembangan terkini Maybank dan mendapatkan maklum balas dan idea daripada mereka," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Maybankers , New York , Nora A.Manaf

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan