SapuraKencana Petroleum Peroleh Kontrak RM889 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 7:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: SapuraKencana Petroleum Bhd memperoleh tiga kontrak baru berkaitan dengan kejuruteraan dan pembinaan, dengan nilai gabungan kira-kira RM889 juta (AS$215 juta).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, SapuraKencana berkata, kontrak tersebut ialah Projek RTR Saluran Paip Kluster B127; peruntukan tender kerja-kerja bantuan pelantar gerudi SKD Pelaut dan peruntukan perkhidmatan penyenggaraan dalam air bagi Unit Pengeluaran Luar Pesisir Mudah Alih (MOPU) Sepat.

SapuraKencana berkata sebuah konsortium, SapuraKencana TL Offshore Sdn Bhd dan SapuraKencana HL Sdn Bhd diberi kontrak 20 bulan oleh Oil and Natural Gas Corp Ltd berkaitan dengan Projek RTR Saluran Paip Kluster B127.

"Skop kerjanya merangkumi kejuruteraan, perolehan, pembinaan, pemasangan dan melengkapkan 11 sistem saluran paip dan pengubahsuaian bahagian atas yang berkaitan di B127 dan di sekitar lapangan Mumbai High yang terletak di luar pantai barat India," katanya.

Katanya SapuraKencana Drilling Asia Ltd telah diberi kontrak oleh  Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd bagi peruntukan tender kerja-kerja bantuan pelantar gerudi SKD Pelaut. 

"Kontrak tersebut berdasarkan kerjasama jangka masa panjang antara Brunei Shell Petroleum dan SapuraKencana di mana Brunei Shell Petroleum akan terus menggunakan SKD Pelaut sebagai penyelesaian teknikal yang ditempah untuk kempen pembangunan penggerudian luar pesisir Brunei Darussalam.

"Kontrak tersebut adalah bagi tempoh dua tahun dengan pilihan lanjutan dua tahun," katanya.

Sementara itu, katanya, SapuraKencana Subsea Services Sdn Bhd (dahulunya di kenali sebagai SapuraKencana Allied Marine Sdn Bhd) telah diberi projek dua bulan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) untuk peruntukan perkhidmatan penyenggaraan dalam air bagi MOPU Sepat.

"Skop kerja tersebut terdiri daripada pemeriksaan, penyenggaraan, pembaikan, sokongan kerja penggerudian dan kerja lain bagi kemudahan dalam air PCSB untuk dilaksanakan dalam air dan luar pesisir Semenanjung Malaysia pada kedalaman air 0-2,000 meter, melibatkan kerja penyelam pada kedalaman air 0-300 meter di lapangan MOPU Sepat," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: SapuraKencana Petroleum , SKD Pelaut

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan