suria

SP Setia Lancar Rumah Mampu Milik Di Semenyih

KUALA LUMPUR: SP Setia Bhd akan melancarkan pangsapuri D'Camellia yang terdiri daripada 317 unit kediaman mampu milik di bandar Setia EcoHill, Semenyih pada 1 Oktober ini.

Pemaju berkenaan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, unit hartanah pegangan bebas berharga RM262,000 setiap satu itu mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan dua tempat meletak kenderaan.

"Ia amat sesuai untuk pembeli rumah kali pertama, pasangan muda, graduan dan ibu bapa yang mahu membeli hartanah untuk anak-anak mereka memandangkan pangsapuri tersebut merupakan pelaburan dengan nilai yang amat baik.

"Pangsapuri mampu milik kami sedang dalam pembinaan dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pasaran, ia dijangka siap pada Disember 2019," kata Pengurus Besar Setia EcoHill Koh Sooi Meng.

SP Setia berkata, pembeli pangsapuri itu juga akan memiliki akses ke 56 kedai komersil di EcoHill Taipan yang dijangka siap pada 2018.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-8724 2255 atau lawati www.setiaecohill.com.my.

SP Setia

Artikel Sebelum

Artikel Lain