Harga Minyak Lebih Tinggi Rangsang Bursa Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Indeks tempatan di Bursa Malaysia kekal  tinggi pada tengah hari Khamis, seiring dengan lain-lain pasaran saham Asia berikutan kenaikan harga minyak global.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada  1,669.86, naik 4.90 mata, berbanding 1,664.96 semasa ditutup pada hari Rabu.

Indeks tersebut berlegar antara 1,666.21 dan 1,669.86 sepanjang sesi pagi selepas dibuka 2.67 mata lebih tinggi pada 1,667.63.

Kaunter untung mendahului kaunter rugi sebanyak 370 berbanding 309 dengan 352 kaunter tidak berubah, 693 tidak diniagakan dan 80 lagi digantung.

Jumlah dagangan berjumlah sebanyak 1.02 bilion saham bernilai RM721.86 juta.

Mesyuarat selama tiga hari di Algeria oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang berakhir semalam, bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak, dan seterusnya, melonjakkan harga komoditi itu hari ini.

"Keputusan tersebut memanfaatkan negara pengeksport minyak seperti Malaysia," kata seorang peniaga, sambil menambah, saham minyak dan gas termasuk syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Petronas seperti SapureKencana dan Bumi Armada melonjak.

Petronas Gas meningkat sebanyak enam sen kepada RM21.92, Petronas Dagangan naik dua sen kepada RM23.48 dan Petronas Chemicals menokok sembilan sen kepada RM6.69.

SapureKencana maju sebanyak enam sen kepada RM1.56 manakala Bumi Armada mendapat 3.5 sen kepada 72.5 sen.

Keputusan tersebut menyebabkan harga minyak melonjak kira-kira lima peratus, dengan West Texas Intermediate diniagakan pada US$ 46.75 setong.

Jika keputusan itu tidak dibuat, harga minyak berpotensi untuk jatuh kepada US$40 atau lebih rendah.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, TNB dan Public Bank meningkat sebanyak empat sen, masing-masing kepada RM14.38 dan RM19.90, Maybank melonjak 11 sen kepada RM7.63 dan IHH satu sen lebih baik kepada RM6.34.

Bagi kaunter aktif, Sumatec, AT Systematization dan Borneo Oil naik setengah sen, masing-masing kepada sembilan sen, 6.5 sen dan 18.5 sen, manakala Hiap Teck berada 1.5 sen lebih baik pada 35.5 sen.

Indeks FBM Emas bertambah sebanyak 36.55 mata kepada 11,812.93, Indeks FBMT100 mendapat 35.61 mata kepada 11,513.53 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak sebanyak 45.64 mata kepada 12,459.71.

FBM 70 mara 49.44 mata kepada 13,900.34 dan FBM Ace menokok sebanyak 19.43 mata kepada 5,248.51.

Pada asas sektoral, Indeks Perusahaan menambah 23.47 mata kepada 3,135.06, Indeks Perladangan mencapai 4.27 mata kepada 7,978.13 dan Indeks Kewangan adalah 35.64 mata lebih baik pada 14,350.59.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan