Fama Meterai Perjanjian Dengan Pengusaha Tamanan Jagung

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 5:12 PM

Kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Norshahira Nazarudin menyusun jagung yang dipamerkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan 2016, Khamis.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan memeterai perjanjian jual beli dengan empat pengusaha tanaman jagung di negeri ini.

Pengarah Fama negeri Muslim Manja berkata perjanjian itu untuk membekalkan 2.5 juta tongkol jagung manis bagi jualan pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha 2016) yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor, pada 1 hingga 11 Disember ini.

Katanya, pengusaha yang terlibat ialah Koperasi Agropreneur Negeri Sembilan Berhad, Persatuan Penanam Jagung Kuala Pilah, KHKM Enterprise serta pengusaha individu, Mohamad Fitree Harun dan Siti Nur Fatihah Mat Salleh.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi (dua, kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan (tiga, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian jual beli 2.5 juta tongkol jagung manis antara Fama Negeri Sembilan, yang diwakili Timbalan Pengarah Fama (Operasi) Negeri Sembilan, Shafie Harith (kanan) dan pengusaha tanaman jagung Negeri Sembilan, yang diwakili Azmi Abu (tiga, kiri) pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan 2016.

"Negeri Sembilan dipilih sebagai pembekal jagung berikutan negeri ini diiktiraf sebagai hab pengeluaran jagung di negara ini.

"Tempoh perjanjian itu mulai 30 November hingga 10 Disember," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di Senawang, dekat sini, Khamis.

Ia dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Muslim berkata, Negeri Sembilan merupakan pengeluar jagung yang terbesar di negara ini dengan keluasan 145 hektar melibatkan 24 pengusaha. 

Katanya, lokasi utama untuk tanaman jagung di negeri ini ialah Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.


Tags / Kata Kunci: Fama , Maha 2016 , Maeps

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan