Keuntungan Sebelum Cukai SapuraKencana Meningkat

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 6:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai SapuraKencana Petroleum Bhd bagi suku kedua yang berakhir pada 31 Julai, 2016 naik kepada RM186.66 juta daripada RM61.13 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, SapuraKencana berkata keputusan kewangan yang lebih baik itu disebabkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi daripada segmen perniagaan tenaga serta peruntukan bagi susut nilai hartanah minyak dan gas sebanyak RM539.9 juta.

Perolehan, bagaimanapun, susut kepada RM1.68 bilion daripada RM2.8 bilion yang dicatatkan sebelumnya, katanya.

Mengenai prospek, SapuraKencana berkata fokus strategi syarikat ialah untuk mengukuhkan kedudukannya di pasaran sedia ada dan berkembang ke pasaran baharu, menyusun kos dan meningkatkan kecekapan operasi.

"Ketidantentuan berterusan dalam harga minyak menyebabkan paras rendah perbelanjaan modal berpanjangan dalam industri minyak dan gas.

"Dalam usaha menambahkan semula kontrak dalam tangan, kami terus berdepan persaingan sengit dan tekanan terhadap margin. Kami menjangka persekitaran mencabar berterusan tetapi yakin dapat melaluinya," katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Shahril Shamsuddin berkata syarikat memperoleh kontrak bernilai RM3.3 bilion setakat ini.

Kontrak berkenaan termasuk projek saluran paip Ku-Maloob-Zaap dan pemasangan dasar laut di Mexico serta saluran paip gas asli di Turki, katanya.

Beliau berkata enam kapal pemasangan saluran paip di Brazil kini beroperasi sepnuhnya dengan kadar penggunaan yang tinggi pada 99 peratus.

"Prospek industri kekal mencabar dan kumpulan menjangka persaingan sengit di peringkat global menyebabkan tekanan terhadap margin.

"Pelan tindakan disediakan bagi membolehkan kos yang lebih rendah dan peningkatan produktiviti, memastikan kemampanan jangka panjang perniagaan kami ," kata Shahril. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SapuraKencana

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan