suria

DRB-Hicom Selesai Proses Lupus Kepentingan Proton Menjelang Pertengahan 2017

Proton Saga Premium CVT edisi terkini dilancarkan pada Rabu.

SETIA ALAM: Konglomerat DRB-Hicom Bhd berhasrat untuk menyelesaikan langkah pelupusan kepentingan Proton Holdings Bhd menjelang pertengahan tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar ketika bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Proton Saga baharu di sini, Rabu, berkata kumpulan itu sedang mengkaji cadangan-cadangan daripada lima bakal pembeli.

"Kami sedang berada di peringkat memahami cadangan strategik mereka di mana kami akan bermesyuarat dengan mereka untuk berbincang secara lebih mendalam bagi memahami apa yang mereka boleh tawarkan sebelum kami membuat keputusan berapa banyak pegangan yang boleh kami lepaskan.

"Kami berharap untuk mengenal pasti rakan kongsi yang berpotensi menjelang tahun depan dan menyelesaikan langkah-langkah ini sekurang-kurangnya pada pertengahan tahun depan. Bagaimanapun, kami akan berusaha untuk menyimpulkan perjanjian pada suku pertama," katanya.

Syed Faisal berkata, terdapat tiga kategori utama yang akan diambil kira dalam membuat memilih rakan kongsi iaitu strategik, operasi dan budaya.-- Bernama

DRB-Hicom, Proton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain