Bank Islam Lancar Kad Debit-i Bank Islam Visa Pahang FA

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) pada Selasa melancarkan usaha penjenamaan bersama dengan Persatuan Bola Sepak Pahang (PFA) dan Visa.

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pelancaran kad debit-i itu adalah sebahagian strategi pihaknya bekerjasama dengan jenama terkenal bagi menambah nilai kepada pelanggan.

Dengan kerjasama ini, Bank Islam menawarkan kad tersendiri dengan faedah menarik dan reka bentuk kad eksklusif kepada penyokong Kelab Bola Sepak Pahang, kata bank itu dalam satu kenyataan.

Usaha penjenamaan bersama Bank Islam, Visa dan PFA ini adalah kerjasama kali ketiga di antara pihaknya dengan persatuan bola sepak di Malaysia, iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Kerjasama dengan FAM dan Kafa telah menerima sambutan amat menggalakkan daripada penyokong di mana jumlah pemegang kad debit-i Bank Islam di seluruh negara meningkat kepada lebih 2.7 juta.

Sempena pelancaran kad baharu ini, Bank Islam juga melancarkan Kempen Bank Islam Visa Debit Pahang FA 'Ale- Ale Tok Gajah'.

Menurutnya, dengan perbelanjaan runcit minimum RM50, pemegang kad secara automatik layak memenangi wang tunai sehingga RM2,000.

Kempen itu bermula hari ini dan berakhir pada 31 Disember 2016.

Kad Debit-i Bank Islam Visa Pahang FA boleh dikeluarkan serta-merta di semua cawangan Bank Islam di Pahang dan cawangan terpilih di Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kad itu, pelanggan boleh kunjungi cawangan Bank Islam terdekat atau layari www.bankislam.com.my atau Facebook bank berkenaan.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan