suria

ASNB Umum 6.10 Sen Seunit Bagi Agihan Pendapatan AS1Malaysia

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham 1Malaysia (AS1Malaysia) adalah sebanyak 6.10 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2016 berbanding 6.40 sen seunit tahun lepas.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata agihan pendapatan melibatkan bayaran keseluruhan RM700.63 juta itu akan memberi manfaat kepada lebih 393,000 pemegang dengan langganan 11.49 bilion unit AS1Malaysia.

"Kesemua transaksi AS1Malaysia telah digantung mulai 23 Sept hingga 3 Okt untuk melancarkan pengiraan agihan pendapatan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman agihan pendapatan skim itu di sini, Selasa.

ASNB merupakan syarikat milik penuh PNB yang menguruskan unit dana amanah.

Sehingga 23 Sept, AS1Malaysia mencatatkan pendapatan kasar sebanyak  RM777.63 juta, kata Abdul Wahid.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM344.87 juta atau 44.4 peratus disumbangkan oleh keuntungan jualan saham manakala pendapatan dividen pula dijana syarikat penerima pelaburan dengan sumbangan RM321.27 juta atau 41.3 peratus.

Baki sebanyak RM111.49 juta atau 14.3 peratus, diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain, katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain