suria

Bina Puri Peroleh Kontrak Rapid Bernilai RM18 Juta

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Bina Puri Holdings Bhd, Bina Puri Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM18 juta di projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) daripada Punj Llyod Sdn Bhd.

Kontrak berkenaan merupakan projek kedua syarikat itu yang diberikan Punj Llyod di RAPID, melibatkan kerja awam, struktur dan seni bina bangunan, stesen pam serta asas bagi kapal laut dan pakej, menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

"Kerja-kerja itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh 11 bulan," menurut Bina Puri.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Matthew Tee berkata dengan kontrak terkini berkenaan, iaitu keempat di RAPID, syarikat tersebut setakat ini telah memperoleh projek bernilai RM841 juta tahun ini manakala kontrak diperolehi yang belum dibangunkan pada RM2.02 bilion.

Beliau berkata projek berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada aset dan perolehan bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016 dengan pendapatan kontrak diterima berasaskan bayaran kemajuan.

"Bina Puri akan terlibat dalam banyak lagi projek pembinaan tahun ini," kata Tee. - BERNAMA

Bina Puri, Rapid

Artikel Lain