Mitsubishi Sasar Jualan 12,000 Unit Pada 2016

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 4:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd (MMM) yakin dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 12,000 unit tahun ini, melepasi jualan tahun lepas sebanyak 10,344 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif Yang Won-Chul berkata setakat Julai, MMM telah menjual kira-kira 6,000 kenderaan dan tiga model pilihan utama ialah Triton, kenderaan utiliti sukan kompak ASX dan Outlander.

"Triton merupakan model paling laris dan menguasai hampir 50 peratus jumlah jualan, diikuti dengan ASX, Outlander dan model lain.

"Berikutan pelancaran Triton MIVEC baru-baru ini, kami menyasar untuk menjual purata 1,000 unit model ini sebulan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Pusat 3S (jualan, penyelenggaraan dan alat ganti) Mitsubishi di sini pada Rabu.

Pusat berkenaan merupakan bilik pameran ke-55 Mitsubishi, dikendalikan oleh pengedar sah MMM, Sin Kwung Jidosha Sdn Bhd di Jalan Chan Sow Lin.

Bilik pameran seluas 30,000 kaki persegi itu melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta.

Mengenai industri automotif, Yang berkata prospeknya kekal mencabar pada separuh kedua tahun ini setelah jumlah keseluruhan industri (TIV) susut hampir 10 peratus pada separuh pertama.

"Walaupun kami tidak menjangka industri akan lebih baik pada separuh kedua tahun ini, MMM tetapi mengekalkan jualannya," katanya.

Bagi meningkatkan jualan, Yang berkata MMM akan meneruskan pelbagai promosi dan memperkenalkan model yang diperbaharui dan ditambah baik.

Beliau berkata MMM merancang untuk membuka beberapa pusat 3S dalam tahun kewangan semasa.

Kini terdapat 55 bilik pameran dengan 47 daripadanya merupakan pusat  3S serta 53 pusat penyelenggaraan di seluruh Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan