suria

MAHA Raih RM20 Juta Hasil Tajaan, Jualan Tapak

KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 berjaya mendapat sokongan kukuh sektor swasta apabila meraih RM20 juta menerusi hasil jualan tapak gerai dan penajaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata untuk kali pertama dalam sejarah MAHA juga, ia menggalakkan penglibatan sektor swasta bukan sahaja sebagai pempamer tetapi juga sebagai rakan strategik dalam menganjurkan acara itu.

"Syarikat-syarikat ini sedar bahawa lebih tiga juta pengunjung yang akan hadir ke MAHA dan peluang yang besar untuk mereka memaparkan jenama mereka serta menjual produk," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

MAHA 2016 akan berlangsung mulai 1 hingga 11 Disember depan.

Beliau berkata antara syarikat yang menaja MAHA 2016 ialah Bernas, CIMB, Agrobank, Sunlight Inno Seafood, Celcom, UDA Holdings, Oblong Burger, Twoj International, Pop Soda, TM, QSR Brands, Royal Bird's Nest, Bio Alpha, Honda, Mazda dan People  and  Bell.

Bertemakan 'Makanan Kita, Masa Depan Kita', Ahmad Shabery berkata penyertaan kukuh daripada sektor swasta itu, MAHA 2016 dijangka berlangsung dengan lebih menarik menerusi pelbagai aktiviti dan program untuk para pengunjung. - BERNAMA

MAHA

Artikel Sebelum

Artikel Lain