suria

KFC Sasar Produk Baharu Sumbang 15 Peratus Jualan

KUALA LUMPUR: KFC Holdings (M) Bhd menyasar hidangan kombo promosi terkini, 'KFC Cheesy Onion Crunch', akan menyumbang jualan sebanyak 15 peratus kepada jualan keseluruhannya.

Pengurus Besar Kanan KFC Marketing Sdn Bhd, Angelina Villanueva berkata hidangan kombo promosi terkini itu diperkenalkan susulan sambutan menggalakkan daripada pengguna bagi produk keju KFC.

"Tempoh tawaran itu bermula hari ini sehingga November atau jika stok masih ada.

"Lazimnya, kita menyasar antara 10 dan 12 peratus bagi produk promosi KFC namun bagi edisi terkini ini, kami menjangkakan ia menerima sambutan hangat dan membantu melonjakkan jualan keseluruhan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran 'KFC Cheesy Onion Crunch' di sini, Selasa.

Hidangan promosi itu menggabungkan ayam 'Hot  and  Spicy' atau 'Original' dengan sos krim dan bawang baharu, 'coleslaw', kentang putar dan minuman berkarbonat.

Ia boleh didapati dalam set hidangan kombo dua atau lima ketul ayam masing-masing berharga RM12.50 dan RM32.50.

Setakat ini, KFC mempunyai 648 cawangan di seluruh negara dan tambahan 19 cawangan lagi sejak Januari tahun ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain