suria

Joseph Gross Dilantik Ahli Jawatankuasa Pengurusan Liam

Joseph Gross

KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Liam) melantik Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd,  Joseph Gross, sebagai ahli baharu jawatankuasa penguurusannya bagi penggal 2016/2017.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Liam berkata Gross yang juga lulusan Pentadbiran Perniagaan Universiti Frankfurt, Jerman, memulakan kerjaya dengan syarikat barangan terkemuka Procter  and  Gamble pada 1991.

Pada 2002, beliau menyertai Allianz SE di Jerman sebagai Naib Presiden Kanan Pemasaran Kumpulan.

"Beliau berusaha menjadikan Allianz sebagai jenama antarabangsa yang kukuh serta memperkenalkan pelan strategik berasaskan pengguna dan pemasaran ke dalam kumpulan itu," kata kenyataan berkenaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain