LBS Jual Ekuiti RM225 Juta

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: LBS Bina Group Bhd (LBGB) menjual ekuiti sebanyak 75 peratus dalam MITCE Engineering Sdn Bhd (MITCE), yang dipegang melalui MITC Sdn Bhd (MITC), dalam perjanjian antara pihak bernilai RM225 juta, untuk menyelaraskan operasi.

Bagi tujuan ini, MITC, memeterai perjanjian jualan saham (SSA) dengan ML Global Bhd (MGB), yang merupakan anak syarikat 51.18 peratus milik LBGB.

Selepas selesai perjanjian itu, MITCE akan dimiliki oleh MGB, kata Pengarah Urusan LBS Tan Sri Lim Hock San pada sidang media di sini pada Rabu.

Hasil daripada penjualan itu akan digunakan sebagai modal kerja bagi perniagaan teras yang memberi pulangan tinggi.

Sementara itu, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, LBGB berkata penjualan itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pelan untuk menyelaraskan perniagaan pembinaannya di bawah MGB dan anak syarikatnya dengan menyatukan sumber MGB Group dan MITCE untuk kewangan dan operasi yang lebih cekap.

Gabungan perniagaan pembinaan LBGB di bawah MGB Group, dengan gabungan sumber mereka, akan mempunyai akses lebih baik kepada skala peluang perniagaan yang lebih besar dan menyediakan MGB dengan keupayaan dan platform untuk menawarkan tender bagi skala kerja-kerja pembinaan luar yang lebih besar, katanya.

"Ini dijangka meningkatkan pendapatan dan nilai perolehan kontraknya. Ia juga akan mewujudkan sinergi bagi perniagaan pembinaan LBGB di bawah entiti MGB yang dijangka merealisasikan perolehan operasi dan kecekapan pentadbiran, hasil daripada skala ekonomi dan integrasi," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: LBS , MITC , Ekuiti

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan