Maybank: Ekonomi ASEAN dijangka berkembang kukuh

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 5:38 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Meskipun spekulasi ekonomi ASEAN dijangka terjejas teruk disebabkan oleh kelembapan ekonomi global pada tahun depan,  Maybank yang merupakan bank keempat terbesar ASEAN dari segi aset, yakin pertumbuhan ekonomi di rantau ini akan kekal kukuh dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Kim Eng Group Datuk John Chong berkata bank itu percaya asas-asas ASEAN adalah kukuh dan dijangka mencatatkan pertumbuhan kira-kira lima peratus tahun ini.

Kami percaya asas-asas ASEAN adalah kukuh dan terdapat banyak peluang di sini, dan kami menyasarkan pertumbuhan kira-kira 5.2 hingga 5.3 peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dan ia adalah faktor yang mendorong kami mengadakan persidangan Invest ASEAN bagi Maybank, katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Maybank menganjurkan persidangan Invest ASEAN 2016 selama sehari yang bertemakan 'ASEANs Next Wave: Building The Infrastructure of Opportunity' (Gelombang Seterusnya ASEAN: Membangunkan Infrastruktur Peluang).

Chong berkata bank-bank akan terus menjadi sumber pembiayaan tradisional dan pasaran modal boleh menawarkan alternatifn. 

"Kedua-dua pasaran bon dan ekuiti di Indonesia masih belum dimanfaatkan sepenuhnya berbanding negara-negara lain di ASEAN dam mempunyai kapasiti besar untuk membiayai projek-projek ini.

"Bon-bon, terutamanya, membolehkan penaja projek memadankan dengan lebih  baik lagi kos pembiayaan mereka dengan belum terima Rupiah Indonesia yang diterima mereka daripada projek-projek ini, yang biasanya mempunyai tempoh matang yang panjang," katanya. 

Chong berkata Maybank Kim Eng telahpun aktif menyokong keperluan pembiayaan prasarana di Indonesia, dengan baru-baru ini menjadi sebagai Penyusun Utama Tunggal bagi Program Onshore USD MTN bernilai US$300 juta bagi PT Sarana Multi Infrastruktur (Persero), perusahaan milik kerajaan yang diberi mandat untuk mempercepatkan penyediaan pembiayaan prasarana negara.

Maybank Kim Eng juga bertindak sebagai Penasihat Kewangan Eksklusif dan Penyusun Utama Diberi Mandat bagi pembiayaan projek jana kuasa berkuasa arang batu 300MW sulungnya di Medan, Indonesia.

Kami menjangka peningkatan terbitan dalam tempoh sederhana kerana lebih banyak projek pembiayaan prasarana dijangka di luluskan dan permintaan bagi pembiayaan meningkat," katanya.

Sementara itu, Presiden Pengarah Maybank Indonesia Taswin Zakaria berkata perbelanjaan modal prasarana Indonesia dianggarkan mencecah US$264 bilion bagi tempoh 20162020, bersamaan dengan 30-35 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Beliau berkata persekitaran makro di Indonesia sekarang adalah sangat menyokong pembangunan prasarana, yang amat diperlukan di negara ini.

Kadar faedah rendah membolehkan pembiayaan lebih murah bagi projek prasarana, inflasi lebih baik pada sekitar 3.5-4.0 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan Rupiah juga telah stabil.

"Bagi bahagian fiskal, kerajaan Indonesia berjaya mengekalkan defisit bajet kepada nisbah KDNK di bawah paras tiga peratus. Lagipun kerajaan telah menyediakan peraturan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek prasarana," katanya.

Taswin berkata Maybank menjangka 70 peratus jumlah perbelanjaan modal sebanyak US$190 bilion disumbang daripada pembiayaan swasta dengan baki 30 peratus disediakan kerajaan.

Tumpuan kerajaan bagi pembangunan prasarana akan juga mengurangkan kos logistik, membantu kumpulan berpendapatan rendah meningkatkan produktiviti dan merapatkan jurang pendapatan.

"Kami menjangka ini akan mencetuskan pertumbuhan kukuh dalam sektor pengguna pasaran besar-besaran Indonesia dalam tempoh dekad akan datang," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Maybank , ASEAN , Ekonomi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan