suria

Saham Astro Menyusut

KUALA LUMPUR: Harga saham Astro Malaysia Holdings Bhd susut pada sesi awal dagangan pada Selasa meskipun dengan berita pengambilalihan dua stesen radio baru-baru ini.

Harga saham pada RM2.87, turun tiga sen setakat 10.55 pagi dengan 212,300 saham diniagakan.

Astro mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat bagi memiliki keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Capital FM Sdn Bhd, yang mengendalikan dua stesen radio iaitu Capital FM dan Red FM padar RM42 juta.

Public Investment Bank berkata Astro tidak akan berdepan kesukaran membiayai pembelian ini memandangkan kedudukan tunainya pada RM792.2 juta setakat 30  April, 2016.

"Kami bersetuju dengan pengurusan bahawa pemerolehan berkenaan sesuai dengan rancangan perniagaan strategik kumpulan untuk memperluaskan portfolio medianya.

"Bagaimanapun, kami tidak menjangka sumbangan ketara kepada pendapatan dalam jangka terdekat," katanya dalam satu kenyataan.  - BERNAMA

Astro, Saham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Saham Samsung Turun Mendadak

Artikel Lain