Lebih Banyak Produk Pertanian Malaysia Ke China

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2016 5:09 PM

Datuk Seri Ong Ka Chuan

(Ubah saiz teks)

NANNING: Lebih banyak produk pertanian  Malaysia akan memasuki pasaran China tanpa halangan November ini, hasil perjanjian yang akan dimeterai antara kedua-dua negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Pertanian China akan menandatangani Syarat Protokol Pitosanitari dalam tempoh dua bulan, bagi pengeksportan nanas ke republik ini, susulan permintaan ke atas buah berkenaan.

"Ini merupakan kerjasama penting antara taman berkembar -- Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-13 di sini pada Ahad.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa kedua-dua taman perindustrian itu merupakan usaha sama antara Malaysia dan China, selain antara bandar Kuantan dan Qinzhou, menerusi Inisiatif Berkembar Dua Negara.

Kerajaan Pahang meluluskan tambahan 400 hektar (1,000 ekar) bagi meluaskan taman perindustrian Kuantan kepada 960 hektar (2,400 ekar). Hasil usaha sama itu, jumlah pelaburan yang diraih setakat ini bernilai US$3.77 bilion.

Ong berkata eksport buah-buahan Malaysia kini hanya enam peratus daripada  RM540 juta.

"China mempunyai 1.3 bilion penduduk dan eksport buah-buahan masih kecil, sekali gus membuka peluang besar untuk diteroka oleh syarikat Malaysia.

"Menerusi perjanjian itu, kami mahu menjadikan Qinzhou sebagi hab dagangan," katanya dan menambah, kini lapan jenis buah-buahan Malaysia dieksport ke republik itu termasuk betik, rambutan, manggis, kelapa muda dan tembikai.

Selain nanas, Malaysia yang merupakan pengeluar kedua terbesar sarang burung. Malaysia kini boleh mengeksport sarung burung mentah yang belum dibersihkan, ke pasaran China.

China sebelum ini hanya mengimport sarang burung yang sudah diproses, katanya.

Pasaran sarang burung di China bernilai US$1.8 bilion setahun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Pertanian , Malaysia , China

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan