Electrolux Perkenal Rangkaian Peti Sejuk Nutrifresh Premium Baharu

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 5:28 PM

Electrolux NutriFresh 360 AirCool

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Electrolux, peneraju global dalam peralatan elektrik rumah dan peralatan dapur di Malaysia, memperkenalkan rangkaian peti sejuk Nutrifresh premium yang baharu untuk pasaran tempatan.

"Peti sejuk baharu jenama ini membolehkan pengguna menikmati buah-buahan dan sayuran yang segar seperti pada hari ia dibeli," kata Pengarah Pemasaran Electrolux Malaysia dan Singapura Wendy Ho.

Beliau berkata produk terkini itu menampilkan Nutrifresh yang dapat ditutup dengan lebih rapat, elemen utama peti sejuk, yang mempunyai kelembapan lima kali lebih tinggi dan memastikan barangan kekal segar selepas tujuh hari.

"Peti sejuk itu turut menggabungkan teknologi FreshShield crisper, yang menjamin rasa berkualiti tinggi untuk semua barangan yang disimpan di dalamnya. 

"Apa yang menarik, rangkaian peti sejuk baharu kami menggunakan teknologi  inverter, yang lebih mesra alam sekitar untuk mengekalkan kesegaran makanan selain mengekalkan penjimatan tenaga sebanyak 37 peratus berbanding peti sejuk sebelum ini," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran produk di sini, Khamis.

Peti sejuk itu mempunyai lapan reka bentuk dengan empat gaya yang berbeza iaitu Top Freezer, French Door, Three Door dan Bottom Freezer. 

Harga bermula dari RM1,389 hingga RM3,569, rangkaian peti sejuk baharu ini boleh dibeli di kedai perkakasan rumah yang utama di seluruh negara.

Ho berkata peti sejuk itu turut dilengkapi dengan FreshTaste Deodorizer, yang menghapuskan 99.8 peratus bakteria dan menghilangkan bau busuk. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Electrolux , Nutrifresh

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan