suria

Proton Perbaharui Perjanjian Kolektif Dengan Kesatuan

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd memperbaharu  perjanjian kolektifnya (CA) dengan anggota kesatuan pada 19 Ogos bagi menggantikan perjanjian yang luput pada Disember tahun lepas.

Proton berkata CA berkenaan menawarkan penambahbaikan tertentu kepada pekerja, termasuk jajaran dengan arahan gaji minimum baharu, insurans majikan ke atas kemalangan peribadi, hayat, insurans perubatan dan manfaat kematian.

"Menerusi semangat 'Minda Satu Syarikat' dan 'Pengurusan-Kesatuan Sebagai Satu Pasukan', CA baharu itu menandakan usaha sama dan pemahaman yang lebih baik antara kedua-dua pihak," kata Proton dalam satu kenyataan pada Rabu.

Perjanjian itu disaksikan oleh Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Industri, Fong Khei Por.

CA baharu antara pengurusan dan kesatuan itu adalah yang ke-10 bagi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd dan keempat bagi Proton Tanjung Malim Sdn Bhd.- BERNAMA

Proton

Artikel Lain