Malaysia Pelabur Asing Kelapan Terbesar di Laos

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

VIENTIANE: Malaysia muncul negara pelabur asing kelapan terbesar di Laos menerusi pelaburan berjumlah RM2.3 bilion sejak 2000 hingga 2015.

Duta Besar Malaysia ke Laos Datuk Than Tai Hing berkata pelaburan syarikat Malaysia sedia ada meliputi sektor perkhidmatan perbankan dan kewangan, insurans, pelancongan, pendidikan, pembinaan dan pertanian.

"Ini termasuk pembangunan dua zon ekonomi bebas (SEZ), masing-masing di Vientiane (SEZ Nelamit/Dongphosy) dan di Savannakhet iaitu di selatan Laos (SEZ Savan-Seno).

"Kedua-dua SEZ ini sudah tentunya akan menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Laos pada masa akan datang," katanya kepada wartawan  Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata sempena kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Asean ke-28 dan ke-29 serta Sidang-sidang Kemuncak yang berkaitan di Vientiane, Perdana Menteri akan turut menghadiri sesi perjumpaan dengan komuniti perniagaan Malaysia di Laos pada Selasa (6 Sept).

"Perjumpaan ini akan melibatkan pelabur utama Malaysia yang antara lain terdiri daripada syarikat Malaysia yang beroperasi di Laos dalam projek ikonik dan berpotensi tinggi seperti projek landasan kereta api Koridor Timur-Barat iaitu projek landasan kereta api SEZ Dongphosy, selain syarikat yang terlibat dalam aktiviti Zon Ekonomi serta Nam Pha Hydro Power, sebuah Projek Tenaga Hidro.

Beliau berkata 10 syarikat milik pelabur dari Malaysia akan turut hadir pada sesi taklimat berkenaan.

"Sesi perjumpaan ini dilihat sebagai platform yang baik bagi komuniti perniagaan Malaysia di sini untuk memaklumkan status terkini projek-projek yang dijalankan oleh syarikat masing-masing," katanya.

Beliau berkata pada 2015, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Laos bernilai RM106 juta.

"Eksport Malaysia meliputi pakaian dan tekstil, alat ganti kenderaan, bahan galian, barangan elektrik dan elektrikal, bahan kimia, getah asli, minyak sawit dan barangan pembuatan, manakala import Malaysia pula sebahagian besarnya meliputi peralatan komunikasi dan komponen elektrik," katanya.

Beliau berkata industri pelancongan juga memberikan kesan besar kepada kerjasama diplomatik, ekonomi dan hubungan perdagangan kedua-dua negara.

"Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Vientiane oleh AirAsia bermula sejak 2007, dan AirAsia juga akan melancarkan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Luang Prabang pada hujung tahun ini. Luang Prabang ialah daerah yang mendapat pengiktirafan UNESCO Heritage City, seperti negeri Melaka Bandaraya Bersejarah di Malaysia," katanya.

Mengenai Sidang Kemuncak ASEAN, beliau berkata kehadiran Perdana Menteri menunjukkan sokongan padu Malaysia terhadap Laos sebagai Pengerusi ASEAN.

"Ia juga merupakan kehadiran simbolik dan penting di mana pada 2016  merupakan ulang tahun ke-50 Jalinan Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Laos yang telah diraikan pada 1 Julai 2016," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Wattay di sini pada 2.50 petang ini (3.50 petang waktu Malaysia). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysia , ASEAN

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan