suria

Pengerusi CIMB Gesa Sektor Swasta Laksana Penyepaduan Serantau

Nazir Razak

KUALA LUMPUR: Berikutan permulaan yang perlahan dalam pelaksanaan integrasi serantau, sektor swasta di Asia Tenggara di bawah kepimpinan Indonesia, perlu bekerja lebih keras untuk merealisasikan pasaran ekonomi tunggal, kata Pengerusi CIMB Holdings Group Nazir Razak.

Dalam temu bual dengan Nikkei Asian Review, pegawai bank berusia 49 tahun itu yang mengetuai kumpulan kewangan yang mempunyai kehadiran kukuh di rantau ini, berkata kurangnya semangat politik dan penerimaan awam menghalang rancangan mengintegrasi ekonomi serantau.

"Rintangan politik melibatkan kedaulatan, selain kurangnya minat ramai.

"ASEAN belum cukup berusaha untuk menjual pentingnya konsep ini sebagai satu keseimbangan kepada orang ramai," kata Nazir dipetik sebagai berkata dalam temu bual itu, yang dikongsi oleh bank berkenaan dalam satu kenyataan di sini.

Persatuan 10 anggota negara di Asia Tenggara itu menubuhkan Komuniti Ekonomi Asean (AEC) pada akhir 2015 bagi meletakkan asas sebagai pusat pengeluaran tunggal dengan memansuhkan tarif dan inisiatif liberalisasi yang lain.

Nazir yang merupakan pengerusi bersama Kelab Perniagaan Asean berkata AEC juga tidak memenuhi jangkaan berikutan pertikaian wilayah di Laut China Selatan yang melibatkan China.

Beliau mencadangkan sektor perniagaan menubuhkan badan bebas dalam kalangan mereka untuk melaksana dan memantau projek di bawah pelan integrasi ekonomi.

Walaupun mempunyai kehadiran yang ketara di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, CIMB masih tidak dapat menubuhkan operasi pejabat sokongan berpusat disebabkan oleh perbezaan undang-undang negara, katanya.

"Bila saya fikirkannya, (saya nampak) tumpuan dan kepimpinan untuk memacu integrasi ekonomi sangat kecil," katanya.

Bagi menangani langlah liberalisasi yang lebih mencabar selepas ini, beliau mencadangan diperingkat awal ini bank-bank serantau, sebagai contoh, perlu dibenarkan untuk menugaskan pegawai kanan secara bebas 'pada kos yang sangat kecil untuk semua pihak."

Disebabkan jurang pembangunan antara anggota ASEAN, kebanyakan ekonomi kurang maju berada dalam kedudukan defensif dan bimbang rakan-rakan yang lebih maju sahaja yang meraih manfaat daripada pasaran terbuka.

"Satu penyelesaian adalah untuk menggalakkan syarikat yang mempunyai operasi serantau melaksanakan tanggungjawab sosial korporat secara lebih serius dan membuktikan bahawa AEC sebenarnya memberi manfaat kepada semua pihak," kata Nazir.

"Kita juga perlu membantu syarikat-syarikat di sana mengumpul modal dalam  pasaran maju, berbanding menunggu penubuhan pasaran saham masing-masing," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain